Barca dekati Madrid sebagai kelab terkaya

Barca dekati Madrid sebagai kelab terkaya

LONDON, 21 Jan – Juara Eropah, Barcelona menyertai Real Madrid dan Manchester United memperoleh pendapatan lebih 500 juta euro musim lalu, dedah perunding kewangan Deloitte di laman terbaharu Football Money League hari ini.

Madrid menguasai tangga teratas buat tahun ke-11 berturut-turut dengan pendapatan 577 juta euro sepanjang musim lalu yang dipacu dengan peningkatan 22.7 juta euro menerusi pendapatan komersial.

Barcelona yang gah dengan kejayaan menjulang trofi La Liga, Piala Raja Sepanyol dan Liga Juara-Juara musim lalu mendaki daripada tangga keempat ke kedudukan kedua dengan pendapatan 560.8 juta euro.

Keputusan itu menyaksikan kelab gergasi Inggeris, United jatuh ke kedudukan ketiga dengan pendapatan 519.5 juta euro.

“Untuk kali pertama, ketiga-tiga kelab teratas dalam Football Money League melepasi angka 500 juta euro,” kata Dan Jones daripada Kumpulan Perniagaan Deloitte Sport.

“Kejayaan FC Barcelona di atas padang membawa pada musim 2014-15 membawa kepada kejayaan kewangan.”

Juara Eropah itu mendaki daripada kedudukan kedua mengatasi Manchester United dengan keuntungan diraih daripada pelbagai cabang perniagaan seperti hari perlawanan, hak penyiaran dan juga komersial.

Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu memberitahu Financial Times bulan lalu sasaran kelab itu adalah untuk menjadi kelab pertama meraih pendapatan 1 bilion euro menjelang 2021.

Rekod baharu turut dicapai dengan peningkatan lapan peratus berbanding tahun sebelum ini membabitkan keuntungan diraih semua 20 kelab memiliki pendapatan tertinggi iaitu 6.6 bilion euro.

Kelab Jerman, Bayern Munich juga terjatuh ke tangga kelima, kedudukan terendah sejak musim 2006-07, dengan kelab kaya raya Qatar yang juga juara Perancis, Paris Saint-Germain mengambil alih kedudukan keempat.

Kelab-kelab Inggeris, Manchester City, Arsenal, Chelsea dan Liverpool melengkapkan kedudukan 10 teratas bersama kelab Itali, Juventus.

Berikut adalah kedudukan 20 kelab meraih pendapatan tertinggi Deloitte Football Money League. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA