Barca gagal pecahkan badi Sociedad

Barca gagal pecahkan badi Sociedad

MADRID, 28 Nov – Kempen tanpa menang Barcelona di Real Sociedad meningkat kepada lapan perlawanan apabila juara Sepanyol itu disaingi dalam seri 1-1 awal pagi tadi yang membuatkan mereka ketinggalan enam mata di belakang pendahulu La Liga Real Madrid.

Penyudahan daripada Lionel Messi menyelamatkan maruah Barca selepas Willian Jose menanduk bola masuk buat Sociedad pendahuluan yang selayaknya selepas separuh masa kedua bermula.

Dan Barca bernasib baik untuk tidak menerima kekalahan kelima berturut-turut liga di San Sebastian apabila rembatan Carlos Vela terkena palang dua kali dan tandukan Juanmi pada 14 minit sebelum tamat perlawanan tidak dibenarkan akibat ofsaid.

Satu mata sudah cukup buat Barca untuk melonjak ke tangga kedua liga, namun mereka kini secara terdesak perlu menewaskan Madrid dalam perjumpaan pertama El Classico musim ini di Camp Nou hujung minggu ini.

Terdahulu, Atletico Madrid mengembalikan aksi kemenangan mereka dan kembali kepada kedudukan empat teratas apabila gol-gol daripada Diego Godin, Kevin Gameiro dan Yannick Carrasco mengesahkan kemenangan selesa 3-0 mereka ke atas Osasuna.

Barca terikat 1-1 pada perlawanan tersebut sekali gus melanjutkan rekod tanpa menang mereka di San Sebastian sejak 2007. – AFP
Barca terikat 1-1 pada perlawanan tersebut sekali gus melanjutkan rekod tanpa menang mereka di San Sebastian sejak 2007. – AFP

Barcelona tidak memenangi perlawanan di San Sebastian sejak 2007, namun bersyukur berupaya meraih satu mata apabila Sociedad gagal menunjukkan keunggulan mereka.

Cubaan tandukan Xabi Prieto tersasar, sementara rembatan Vela juga tidak menepati sasaran apabila mendapat peluang di dalam kawasan sebelum separuh masa bermula.

Usaha terawal pasukan pelawat pada sasaran tiba pada minit ke-50 apabila Geronimo Rulli mencuba mengatur serangan melalui sepakan percuma Neymar.

Bagaimanapun, Sociedad mula berada di depan tiga minit kemudian apabila Gerard Pique, yang bermain pada separuh masa kedua dengan kecederaan buku lali, hanya mampu menepis usaha Jose ke dalam gawang sendiri selepas Marc-Andre ter Stegen menyekat usaha Vela sebelum itu.

Neymar menyertai barisan kesebelasan utama Barca meskipun mengalami kemalangan kereta dalam kereta Ferrari pada awal hari.

Dan pemain kebangsaan Brazil itu akhirnya mengubah mainan lemah Barca enam minit kemudian apabila dia membuat larian dari kiri padang dan melakukan hantaran lintang buat Messi untuk mencipta penyudahan hebat bagi gol ke-19 dalam 16 perlawanan musim ini.

Sociedad tidak bernasib baik apabila rembatan kencang Vela melantun kembali dari palang dan penyudahan pemain gantian Juanmi dari pantulan itu tidak dibenarkan kerana ofsaid.

Asier Illarramendi kemudian menepis cubaan Denis Suarez dari tepi gawang sebelum ledakan kencang kaki kiri Vela sekali lagi terkena palang. – AFP