Barca harus bangkit – Enrique

Barca harus bangkit – Enrique

MADRID, 14 April (AFP) – Jurulatih Barcelona Luis Enrique mengakui pasukannya mengalami kemerosotan rentak selepas kekalahan ketiga dalam empat perlawanan yang menyaksikan mereka disingkirkan daripada Liga Juara-Juara oleh Atletico Madrid.

Antoine Griezmann menjaringkan dua gol Atletico dalam kemenangan 2-0 semalam untuk melengkapkan laluan ke empat pasukan terakhir selepas menewaskan Barcelona bagi kali kedua dalam tempoh tiga tahun menerusi agregat 3-2.

“Adalah jelas kami tidak berada dalam rentak terbaik kami terutamanya jika anda menggambarkan bagaimana kami beraksi sebelum ini, tetapi kami perlu melonjakkan diri kami,” kata Enrique, yang impian pasukannya musnah.

Barca melalui 39 perlawanan tanpa kalah sebelum tewas berturut-turut dalam La Liga kepada Real Madrid dan Real Sociedad untuk meletakkan Atletico menarik nafas lega dengan tiga mata di belakang perebutan gelaran dengan baki enam perlawanan.

Reaksi Enrique ketika pasukannya menentang Atletico Madrid di stadium Vicente Calderon, kelmarin. – AFP
Reaksi Enrique ketika pasukannya menentang Atletico Madrid di stadium Vicente Calderon, kelmarin. – AFP

Pasukan Enrique akan kembali ke Vicente Calderon pada Mei depan bagi persaingan Copa del Rey dan menegaskan juara liga dan Piala Sepanyol itu masih lagi memiliki kejayaan musim ini biarpun kehilangan peluang untuk menjadi pertama mengekalkan trofi Eropah sejak menjadi Liga Juara-Juara pada 1992.

“Pasukan mahu mengekalkan gelaran. Ia adalah salah satu objektif kami dan menggembirakan setiap peminat Barca, tetapi ia tidak menjadi,” kata Enrique.

“Kami mendapatinya lebih sukar berbanding kebiasaan untuk menjaringkan gol dan menderita secara defensif. Kami perlu memperbaikinya dan saya adalah orang pertama dalam kedudukan itu,” tambahnya.

“Objektif Barcelona selalu tinggi. Kami seharusnya berbangga Barca selalu menjadi pasukan pilihan bagi segala-galanya.

“Kami faham kami perlu menerima kekalahan. Kami memiliki persaingan lain yang boleh kami menangi. Bagi mana-mana jurulatih dalam dunia, untuk memenangi dua gelaran merupakan musim yang berjaya.”

ARTIKEL YANG SAMA