Barca ikat Samuel Umtiti

Barca ikat Samuel Umtiti

BARCELONA, 13 Julai – Barcelona melengkapkan perpindahan pemain pertahanan Perancis, Samuel Umtiti daripada kelab Lyon semalam membabitkan yuran perpindahan bernilai 25 juta euro.

Kelab terkemuka Sepanyol itu dalam satu kenyataan berkata, Umtiti, 22, akan mengikat kontrak selama lima tahun bersama Barcelona yang mana ia turut termasuk klausa bayaran balik atau pelepasan sebanyak 60 juta euro.

Pemain kelahiran Cameroon itu yang beraksi baik di bahagian bek tengah Perancis pada kempen Euro 2016 yang baru sahaja berakhir dijadual akan diperkenalkan kepada penyokong kelab itu di Nou Camp Jumaat ini apabila selesai menjalani pemeriksaan perubatan.

Umtiti yang boleh juga bermain sebagai bek kiri dijangka akan digandingkan dengan Gerard Pique, Javier Mascherano dan rakan senegaranya, Jeremy Mathieu.

Beliau merupakan pemain kedua ditandatangani Barcelona musim ini selepas membeli semula Denis Suarez daripada Villarreal minggu lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA