Barca julang Piala Raja

Barca julang Piala Raja

MADRID, 23 Mei (AP) – Barcelona menyudahkan musim ini pada tahap tinggi dengan memenangi Copa del Rey (Piala Raja) untuk menambah trofi liga Sepanyol yang mereka menangi minggu lepas.

Pasukan Barcelona yang terpaksa bermain dengan 10 pemain mengatasi Sevilla 2-0 untuk melengkapkan kejayaan tempatan berganda hasil gol masa tambahan Jordi Alba dan Neymar di Stadium Vicente Calderon, awal pagi tadi.

Pengurus juara La Liga itu, Luis Enrique menyaksikan Javier Mascherano dibuang padang pada minit ke-36 tetapi memastikan jaringan masih 0-0.

Sevilla, yang memenangi perlawanan akhir Liga Europa ke atas Liverpool minggu lepas, juga bermain pada waktu tambahan dengan 10 pemain selepas pemain tengah Ever Banega dilayangkan kad merah pada separuh masa kedua waktu tambahan selepas melakukan kekasaran ke atas Neymar hanya di luar kawasan di mana pemain Brazil itu cuba untuk mengambil posisi untuk membuat jaringan.

Dengan kedua-dua pasukan tinggal 10 pemain, Barcelona mula mengawal perlawanan pada masa tambahan dan Alba menjaringkan gol pada minit ke-97 hasil bantuan Lionel Messi.

Pasukan Barcelona meraikan kejayaan mereka dalam kejohanan tersebut. - AP
Pasukan Barcelona meraikan kejayaan mereka dalam kejohanan tersebut. – AP

Sevilla kemudian kehilangan seorang lagi pemain apabila pertahanan, Daniel Caricco dibuang padang dan Neymar membantu jaringan kedua Barcelona juga hasil bantuan Messi.

Kejayaan itu adalah trofi ke-28 yang dimenangi Barca.

Mereka bergelut selepas kad merah yang diterima Mascherano apabila pasukan Unai Emery, menambah tekanan buat mereka.

Namun Barca yang kehilangan penjaring terbanyak Luis Suarez berikutan kecederaan sejurus sebelum sejam perlawanan, dengan semangat tidak mahu berputus asa, berjaya melepasinya dengan serang balas.

“Ia adalah pengakhiran musim yang menakjubkan,” kata jurulatih Barcelona Luis Enrique. “Bukan sahaja bagaimana kami memenangi liga ini, tapi juga kerana bagaimana kami memenangi perlawanan akhir ini, apabila kami terpaksa bermain tanpa seorang pemain bagi jangka waktu yang lama.”

“Meski dengan kekalahan ini, kami mengakhiri musim ini dengan kebanggaan,” kata jurulatih Sevilla Unai Emery.

ARTIKEL YANG SAMA