Barca ke separuh akhir Piala Raja

Barca ke separuh akhir Piala Raja

MADRID, 28 Jan – Penyandang juara, Barcelona, terpaksa berdepan tentangan sengit babak pertama daripada Athletic Bilbao sebelum menempah tiket ke separuh akhir Piala Raja buat kali ketujuh berturut-turut.

Barcelona mencatat kemenangan 3-1 untuk mara dengan agregat 5-2, awal pagi tadi.

Jaringan awal Inaki Williams untuk pelawat di Nou Camp menyalakan harapan untuk membalas dendam atas kekalahan final pada musim lalu kepada Barca.

Bagaimanapun, skuad The Basques gagal memanfaatkan beberapa peluang ketika mendahului dan Barca memberi reaksi di babak kedua hasil tiga jaringan daripada Luis Suarez, Gerard Pique and Neymar.

“Gol awal mereka menjadikan ia begitu sukar buat kami.

Gerrard Pique ketika menanduk bola masuk ke gawang Atletico Bilbao dalam saingan Piala Raja. – Reuters
Gerrard Pique ketika menanduk bola masuk ke gawang Atletico Bilbao dalam saingan Piala Raja. – Reuters

“Kami tahu kami tidak bermain dengan baik pada babak pertama, tetapi di babak kedua, kami keluar dengan langkah berbeza. Ia membantu kami menyelamatkan hari kami dan mara ke separuh akhir,” kata penyerang Suarez kepada Canal Plus.

Barca akan bertemu Atletico dalam pertembungan peneraju La Liga Sabtu ini, tetapi tiada peluang buat kedua-dua pasukan itu untuk bertembung di separuh akhir selepas Celta mencipta kejutan di Vicente Calderon.

Ia hasil sumbangan jaringan berganda Pablo Hernandez pada setiap babak dan jaringan menakjubkan bekas penyerang Manchester City John Guidetti untuk memastikan mereka memadamkan kelebihan 2-0 Atletico. – AFP