Barca kejar rekod jaringan

Barca kejar rekod jaringan

BARCELONA, 29 Dis – Baharu sahaja menjulang trofi kelima Barcelona bagi 2015, sasaran mereka kini menyasar kepada memecahkan rekod gol-gol dalam setahun apabila mereka berdepan dengan Real Betis esok.

Luis Suarez meledak lima gol dalam dua perlawanan dalam perjalanan Barca menewaskan River Plate untuk menjulang Piala Dunia Kelab bulan dan sekarang mereka mempunyai 176 gol tahun ini, kurang dua daripada rekod yang dicatat oleh Real Madrid pada 2014.

Apa yang menakjubkan, 134 gol itu datangnya hasil daripada jaringan Suarez, Lionel Messi dan Neymar yang sangat serasi apabila memberikan tiga kejuaraan buat Barca musim lepas dengan 122 gol.

Dengan Piala Super Eropah juga dalam genggaman, trofi yang terlepas daripada mereka hanyalah Piala Super domestik yang mereka tewas kepada Athletic Bilbao.

Barca menentang Betis dengan Suarez berada dalam keadaan yang kuat dengan 24 gol dari beberapa perlawanan dan walaupun kurang satu perlawanan mereka masih di persada liga.

Tunggak serangan Barcelona yang ketiga-tiganya telah mengumpul 134 gol tahun ini. – Reuters
Tunggak serangan Barcelona yang ketiga-tiganya telah mengumpul 134 gol tahun ini. – Reuters

Perlawanan Barca dengan Sporting Gijon ditangguhkan disebabkan penyertaan mereka dalam Piala Dunia Kelab namun kekalahan Real Madrid ke atas Villareal dan Atletico Madrid tewas di Malaga membuatkan pihak Catalan itu di tangga pertama.

“Kami mempunyai Iniesta, Pique, Busquets yang semuanya pemain hebat tetapi untuk berupaya membawa tiga pemain seperti Messi, Neymar dan Suarez adalah sesuatu yang unik,” presiden kelab Josep Maria Bartomeu memberitahu para pemberita.

“Saya tidak pernah melihat pemain-pemain berkualiti seperti itu digabungkan dengan jayanya. Kami mempunyai serangan tiga penjuru yang terbaik dalam sejarah bola sepak. Apabila anda melihat pemain-pemain itu anda melihat kejayaan namun di sebaliknya terdapat kerja keras dan usaha.”

Real, di tangga ketiga dan dua mata di belakang Barca, akan berdepan Real Sociedad selepas tahun yang mengecewakan dan spekulasi yang terus menular mengenai masa depan jurulatih Rafa Benitez.

Real memenangi Piala Dunia Kelab tahun lepas tapi terlepas trofi-trofi lain yang mengakibatkan keputusan yang tidak disenangi untuk memecat Carlo Ancelotti.

Benitez setakat ini belum dapat memenangi hati peminat dan media Madrid, walaupun membelasah Rayo Vallecano 10-2 dalam perlawanan baru-baru ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan tekanan terhadapnya. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA