Barca Mara Ke Final

Barca Mara Ke Final

Oleh Adi HT

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Dis – Luis Suarez menjadi wira Barcelona apabila berjaya melakukan jaringan hatrik sekali gus membawa pasukannya mara ke perlawanan akhir Piala Dunia Kelab selepas menewaskan Kelab China Guangzhou Evergrande dengan jaringan 3-0 yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Yokohama, Jepun, malam ini.

Luis Suarez membuka jaringan pertama pada minit ke-39, gol kedua pada minit ke-50 dan gol ketiga pada minit ke-67 melalui sepakan penalti.

Ketua Jurulatih Guanghzhou Evergrande, Philippe Scolari sebelum ini menyatakan bahawa kelab naungannya itu akan memberikan tentangan sengit pada Barcelona, bagaimanapun segala apa yang dilakukan nampaknya tidak mencukupi untuk menundukkan kelab gergasi Sepanyol itu.

Barcelona seterusnya akan berdepan kelab dari Argentina, River Plate di perlawanan akhir Ahad ini selepas pasukan tersebut menang tipis 1-0 menentang kelab Jepun, Sanfrecce Hiroshima.

Luis Suarez meraikan golnya bersama rakan-rakan sepasukan ketika perlawanan separuh akhir Piala Dunia Kelab menentang Guangzhou Evergrande di Yokohama, Jepun. – AFP
Luis Suarez meraikan golnya bersama rakan-rakan sepasukan ketika perlawanan separuh akhir Piala Dunia Kelab menentang Guangzhou Evergrande di Yokohama, Jepun. – AFP