Barca menang besar

Barca menang besar

BARCELONA, 21 Ogos – Lionel Messi dan Luis Suarez menampilkan prestasi mengagumkan ketika membantu penyandang juara, Barcelona mencatat kemenangan besar 6-2 ke atas Real Betis di Nou Camp pada aksi La Liga, awal pagi hari ini.

Messi meledak dua jaringan dan menjadi perancang kepada satu lagi gol dengan Suarez cemerlang meledak hatrik mengikuti gol pembukaan tuan rumah menerusi Arda Turan seawal minit keenam.

Ruben Castro berjaya menyamakan kedudukan buat Betis untuk kedudukan 1-1 pada minit ke-21 namun ia gagal menghalang skuad bimbingan Luis Enrique untuk mengganas pada hari pembukaan liga elit Sepanyol itu.

Ketika ditanya sama ada terkejut dengan kemampuan Messi untuk meledak gol selepas mengharungi trauma tewas di final Copa America bersama skuad Argentina, Enrique berkata: “Tidak, tidak. Dia adalah Lionel Messi.

Dia sentiasa orang yang sama. “Jika dia dan Luis (Suarez) terbabit dengan keseluruhan pasukan, kami hanya boleh kata satu perkara, mereka akan menikmatinya.”

Messi selepas menjaringkan gol dalam La Liga semasa perlawanan Barcelona menentang Real Betis di Stadium Nou Camp, Barcelona. – AFP
Messi selepas menjaringkan gol dalam La Liga semasa perlawanan Barcelona menentang Real Betis di Stadium Nou Camp, Barcelona. – AFP

Bos Betis, Gus Poyet dalam pada itu menegaskan tindakannya mengucapkan tahniah kepada Messi tidak memberi kesan kepada pasukannya.

“Sebagai peminat bola sepak, saya menikmati gaya permainan Messi. Bermain menentangnya, kami tidak mahu dia tidak melakukan dengan baik.

“Gol Messi memusnahkan kami dan sejak dari itu, sukar untuk kami bermain di sini. Jika kamu mahu pergi ke sana dan menang perlawanan itu, mereka akan menjaringkan lima atau enam gol menentang kami.

“Ia banyak berlaku di sini. Sebagai satu pasukan atau kumpulan, kamu perlu memiliki mental yang kuat dengan cara yang sama, yakin dengan setiap aspek permainan kamu.”

Dalam perlawanan lain, Villarreal mencatat keputusan seri 1-1 di Granada manakala Sevilla menewaskan jiran Barca, Espanyol 6-4. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA