Barca mula kejar enam trofi tanpa Neymar

Barca mula kejar enam trofi tanpa Neymar

TBILISI, 10 Ogos (AFP) – Barcelona memulakan kempen dengan peluang besar untuk membangunkan penguasaan trofi daripada musim lalu apabila menghadapi Sevilla dalam Piala Super UEFA di Tbilisi esok.

Bagaimanapun, mereka perlu melakukan tanpa salah seorang pemain bintang ketika penyerang dari Brazil Neymar direhatkan dua minggu selepas mengalami kekejangan.

Pemain berusia 23 tahun itu hanya kembali beraksi selepas kekecewaan Copa America, tetapi dia dan Lionel Messi menghidupkan Barca selepas persaingan hambar keputusan pra musim apabila kedua-duanya menjaringkan gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Roma dalam aksi persahabatan minggu lalu.

Messi akan kembali cergas untuk bersama Luis Suarez dalam serangan setelah kembali daripada rehat musim panas seminggu lebih awal selepas membimbing Argentina ke final Copa America. Pemain yang dijadikan sasaran Manchester United, Pedro Rodriguez dijangka akan mengambil tempat Neymar.

Neymar mengambil bahagian dalam satu permainan di Rumah Harapan Neymar Jr di Sao Paulo pada 26 Julai lalu. – Reuters
Neymar mengambil bahagian dalam satu permainan di Rumah Harapan Neymar Jr di Sao Paulo pada 26 Julai lalu. – Reuters

Setelah menyamakan kejayaan kelab dalam kempen tersebut dengan tiga kemenangan – La Liga, Copa del Rey dan Liga Juara–Juara musim lalu, pasukan Catalan sekarang boleh mengulangi kejayaan Pep Guardiola enam tahun lalu yang memenangi enam trofi dalam tahun kalendar dengan menambah Piala Super Sepanyol dan Eropah sehingga Piala Dunia Kelab.

Dan bekas midfield Sevilla, Ivan Rakitic menegaskan Barca dahagakan lebih banyak trofi yang tidak akan dipadamkan oleh kejayaan mereka musim lalu.

“Tidak ada yang lebih baik berbanding memulakan musim dengan gelaran,” kata pemain dari Croatia itu. “Tidak seorang pun mempunyai keinginan lebih baik berbanding kami. Kami mahu melakar sejarah dan memenangi kesemua enam trofi, tetapi kami perlu melakukannya selangkah demi langkah.”