Barca perlu kudrat Messi

Barca perlu kudrat Messi

MADRID, 9 Feb – Penyerang Barcelona, Lionel Messi dijangka akan diturunkan ketika aksi separuh akhir Copa del Rey menentang Valencia, esok.

Messi tidak menyertai latihan pasukan kerana menjalani ujian terhadap buah pinggangnya. “Penyerang Barcelona, Lionel Messi akan menjalani ujian pada Isnin dan Selasa (hari ini) untuk ujian masalah buah pinggang yang dialami sejak Disember lalu.

“Messi akan kembali dengan tugasan rutinnya bersama skuad utama pada Rabu (esok),” kata kelab itu menerusi laman web rasmi, www.fcbarcelona.com.

Pemain kebangsaan Argentina itu terlepas saingan separuh akhir Piala Kelab Dunia FIFA Disember lalu ekoran masalah dihadapi namun kembali beraksi pada pentas final dan perlawanan liga domestik.

Pada perlawanan pertama, Barca yang kini turut mendahului liga memastikan mereka menang selesa 7-0.

Messi dijangka akan diturunkan untuk separuh akhir Copa del Rey menentang Valencia, esok. – Reuters
Messi dijangka akan diturunkan untuk separuh akhir Copa del Rey menentang Valencia, esok. – Reuters

Pemain Terbaik Dunia lima kali itu dilaporkan akan menerima lithotripsy yang melibatkan kejutan gelombang ultrasound untuk memecahkan batu karang dalam buah pinggangnya.

“Pembedahan biasanya berlangsung antara tiga suku hingga satu jam dengan pesakit memerlukan ubat pelali atau anestesia dalam beberapa kes,” lapor akhbar Mundo Deportivo.

Messi mengalami masalah buah pinggang disebabkan batu karang di Jepun pada Disember sehingga terlepas aksi kemenangan separuh akhir Barcelona menentang Guangzhou Evergrande dari China.

Dia pulih tepat pada masanya untuk beraksi pada final di mana Barca menewaskan River Plate Argentina 3-0 dengan dia sendiri menjaringkan gol pembukaan. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA