Barca pesta gol

Barca pesta gol

MADRID, 21 April – Barcelona bangkit daripada persembahan paling buruk mereka dalam La Liga sejak 13 tahun dengan gaya tersendiri apabila Luis Suarez menjaringkan empat gol ketika mereka membelasah Deportivo la Coruna 8-0 awal pagi tadi.

Ivan Rakitic, Lionel Messi, Marc Bartra dan Neymar juga menemui sasaran ketika Barca kembali mengesahkan kawalan mereka dalam pemburuan gelaran liga Sepanyol.

Bagaimanapun hanya kelebihan rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan memihak kepada Barca berbanding Atletico Madrid di persada liga berbaki empat perlawanan ketika Fernando Torres meneruskan rentak cemerlang dengan membantu kejayaan 1-0 mengatasi Athletic Bilbao.

Real Madrid kekal satu mata di belakang pendahulu ketika jaringan Karim Benzema, Lucas Vazquez dan Luka Modric memastikan kemenangan 3-0 mengatasi Villarreal.

Suarez menyumbat gol keempatnya malam tadi hasil hantaran Neymar walaupun Laure berusaha menyekat percubaan awal beliau untuk gol ke-49 musim ini.

Suarez meraikan jaringan semasa membelasah Deportivo 8-0 dalam aksi La Liga di stadium Municipal de Riazor, La Coruna kelmarin. – AFP
Suarez meraikan jaringan semasa membelasah Deportivo 8-0 dalam aksi La Liga di stadium Municipal de Riazor, La Coruna kelmarin. – AFP

Bekas penyerang Liverpool itu kemudian menambah gol kedua ketika Barca lagi merobek pertahanan Deportivo dan hantaran ke belakang beliau telah ditolak masuk oleh Messi.

Bartra menyertai pesta gol selepas berlari ke hadapan dari separuh padang tanpa menghadapi cabaran kuat Deportivo sebelum menembak ke sudut gawang.

Dan Neymar melengkapkan malam sempurna untuk juara Sepanyol itu apabila dia menolak masuk hantaran jauh umpanan ketiga Suarez untuk persembahan yang menakjubkan untuk gol pertamanya dalam enam perlawanan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA