Barca, Qatar Airways runding lanjutkan tajaan

Barca, Qatar Airways runding lanjutkan tajaan

DOHA, 1 Sept – Juara La Liga Barcelona dan Qatar Airways sedang berbincang bagi melanjutkan persetujuan penajaan sekarang sehingga 2020, kata ketua penerbangan Teluk itu hari ini.

Akbar Al Baker, CEO Qatar Airways, berkata kedua-dua pihak sedang berbincang untuk melanjutkan persetujuan setahun yang ada sekarang, yang diumumkan pada Julai, kepada tiga tahun.

“Kami tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengadakan perundingan yang sesuai bersama mereka, inilah mengapa kami melanjutkannya bagi setahun dan kami sedang berunding bersama mereka,” kata Al Baker. Tetapi dia menambah: “Ini semua bergantung ke atas kesediaan persetujuan FCB yang dilakukan bersama kami.”

Persetujuan selama setahun sekarang akan berakhir pada 30 Jun 2017, menurut laman sesawang rasmi Barcelona. Qatar Airways memulakan penajaan jersi Barcelona pada Julai 2013 dalam persetujuan yang akan berakhir musim panas ini sebelum pelanjutan diumumkan.

Oktober lalu, presiden Barcelona, Josep Bartomeu memberitahu mesyuarat agung kelab bahawa Blaugranes bersedia bagi penajaan baru 65 juta (AS$72 juta) euro setahun, yang dlanjutkan sekurang-kurangnya tempoh tiga tahun.

Trio hebat ‘MSN’ Barcelona dengan jersi tajaan Qatar Aiways meraikan jaringan semasa menentang Arsenal dalam Liga Juara-Juara pada 17 Mac 2016. Barcelona dan Qatar Airways sedang berbincang bagi melanjutkan persetujuan penajaan sehingga 2020, kata ketua penerbangan Teluk itu kelmarin. – AFP
Trio hebat ‘MSN’ Barcelona dengan jersi tajaan Qatar Aiways meraikan jaringan semasa menentang Arsenal dalam Liga Juara-Juara pada 17 Mac 2016. Barcelona dan Qatar Airways sedang berbincang bagi melanjutkan persetujuan penajaan sehingga 2020, kata ketua penerbangan Teluk itu kelmarin. – AFP

Penajaan jersi pasukan oleh penerbangan itu membuktikan kontroversi di kalangan peminat Barcelona, kerana rekod hambar Qatar ke atas hak buruh. Penajaan sukan adalah penting kepada Qatar Airways.

Awal bulan ini, ia mengumumkan persetujuan “penjenamaan penting” selama tiga tahun bersama pasukan Sydney Swans dari Australian Footbaal League. Januari lalu, pasukan dari Jerman, Bayern Munich mengumumkan persetujuan penajaan bersama Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Doha, yang dikendalikan oleh penerbangan itu.

Dan pesawat itu juga bulan ini mengumumkan, ia penerbangan rasmi bagi International Cycling Union Road World Championship yang dihoskan oleh emiriah Teluk pada Oktober.

Baker menambah penerbangan itu secara terus didekati oleh beberapa pasukan bagi kemungkinan penajaan.

“Semua orang mendekati kami,” katanya. “Kami didekati banyak kelab setiap minggu.” – AFP