Barca rangkul gelaran La Liga ke-23

Barca rangkul gelaran La Liga ke-23

MADRID, 18 Mei – Barcelona merangkul gelaran La Liga kelima mereka dalam tempoh tujuh tahun dan yang ke-23 secara keseluruhan selepas Lionel Messi menjaringkan gol kemenangan 1-0 di Atletico Madrid semalam.

Tepat setahun hingga ke hari ini sejak Atletico memenangi gelaran liga dalam aksi penentuan di Camp Nou Barca, kelab Catalan itu membalas dendam untuk mengesahkan gelaran pertama untuk potensi tiga trofi musim ini.

Pemain Luis Enrique menghadapi Athletic Bilbao pada final Copa del Rey di tempat di Nou Camp pada 30 Mei dan berdepan Juventus untuk final Liga Juara-Juara di Berlin seminggu kemudian.

“Kami bermula dengan banyak perubahan di dalam kelab 10 bulan lalu selepas melangkah ke dalam musim dengan tangan kosong,” kata jurulatih Barca itu.

“Kami tahu ia akan menjadi musim peralihan dan kami cuba melakukan yang terbaik.

Pemain Barcelona meraikan kejayaan menjuarai La Liga selepas menewaskan Atletico Madrid di stadium Vicente Calderon semalam. – AFP
Pemain Barcelona meraikan kejayaan menjuarai La Liga selepas menewaskan Atletico Madrid di stadium Vicente Calderon semalam. – AFP

Kami masih memburu dua lagi gelaran tetapi sudah ada satu yang memberikan ganjaran konsisten.”

Cristiano Ronaldo mencetak hatrik ke-30 Real Madrid selepas Los Blancos bangkit daripada penyingkiran Liga Juara-Juara di tangan Juventus dengan menewaskan Espanyol 4-1, tetapi malang sedikit kerana ketinggalan empat mata di belakang Barca dengan baki satu permainan.

Sementara itu, tewas bermakna Atletico memerlukan hanya satu mata pada hari terakhir musim untuk mendapatkan tempat dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim depan dengan selesai di tempat ketiga tatkala Valencia hanya mampu seri 1-1 di tempat sendiri dengan Celta Vigo.

Dengan suhu melebihi 30 darjah Celsius, permulaan yang agak lemah tidak mengejutkan, tetapi tuan rumah mempunyai peluang terbaik pada awal permainan.

Claudio Bravo bertindak pantas menampan tandukan Jose Maria Gimenez dari satu sudut dan pemain Chile itu terus cemerlang apabila berjaya menghalang percubaan Antoine Griezmann, walaupun pemain Perancis disahkan ofsaid.

Barca terus berkembang ketika separuh masa pertama berlalu dengan Messi menguji Jan Oblak dengan larian dari tepi kawasan dan kemudian tandukannya pula diselamatkan dengan mudah oleh pemain Slovenia itu. – AFP