Barca resah tunggu City

Barca resah tunggu City

MADRID, 18 Okt — Mungkin Andres Iniesta mampu meneka bagaiman gaya Manchester City datang ke Camp Nou untuk perlawanan Liga Juara-Juara menentang Barcelona esok, kerana yang pasti Citizen sudah mampu menghadam gaya permainan Pep Guardiola.

Iniesta mengenal pasti cap jari bekas jurulatihnya dengan kelab Inggeris itu merupakan salah satu pasukan yang sukar untuk ditewaskan di Eropah.

“Pasukan Guardiola merupakan satu gambaran apa yang dia mahu dan, walaupun masih baru, City telah berjaya menyerap identiti dan gayanya,” kata Iniesta yang bermain di bawah Guardiola selama empat tahun.

“City adalah calon utama untuk memenangi kejohanan ini. Ia sebahagian daripada kumpulan kelab yang kecil yang mampu memenanginya.”

Lionel Messi (tengah) mengawal bola dalam satu sesi latihan di Pusat Sukan FC Barcelona Joan Gamper di Sant Joan Despi, kelmarin. – AP
Lionel Messi (tengah) mengawal bola dalam satu sesi latihan di Pusat Sukan FC Barcelona Joan Gamper di Sant Joan Despi, kelmarin. – AP

Esok merupakan kali kedua Guardiola kembali ke Nou Camp sebagai seorang jurulatih. Bekas pemain Barcelona itu bersama Bayern Munich semasa tewas separuh akhir Liga Juara-Juara dua musim lalu.

“City bertambah baik dalam banyak permainan,” kata pertahanan Barcelona Javier Mascherano, seorang lagi pemain bimbingan Guardiola yang memenangi 14 kejuaraan ketika mengendalikan Barca dari 2008-2012. – AP