Barca samai rekod 2010/2011

Barca samai rekod 2010/2011

MADRID, 8 Feb – Barcelona menyamai rekod kelab selepas merakam 28 perlawanan tanpa kalah untuk kekal unggul di puncak La Liga dengan kelebihan tiga mata apabila menundukkan Levante 2-0, awal pagi tadi.

Barca yang dilihat sedikit bergelut pada aksi ke-100 Luis Enrique selaku pengendali kelab Catalan itu, namun gol sendiri daripada David Navarro dan jaringan Luis Suarez pada masa tambahan sudah cukup buat Barca mencatat kemenangan ke-10 berturut-turut dalam semua pertandingan.

“Lebih dari statistik, saya beminat dalam objektif yang kolektif yang kami ada dan kami boleh mencapainya pada akhir musim,’ kata Enrique.

“Kami berada dalam kedudukan yang bagus dalam semua perlawanan, tetapi perjalanan masih jauh.”

Juara Eropah itu kini berkelebihan tiga mata ke atas Atletico Madrid dan memiliki satu lagi perlawanan berbanding pasukan bimbingan Diego Simeone itu.

Akis Suarez selepas berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Levante. Suarez menjaringkan gol ke-36 musim ini bagi membolehkan pasukan mendahului puncak liga La Liga dengan kelebihan tiga mata berbanding Atletico Madrid. - Reuters
Akis Suarez selepas berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Levante. Suarez menjaringkan gol ke-36 musim ini bagi membolehkan pasukan mendahului puncak liga La Liga dengan kelebihan tiga mata berbanding Atletico Madrid. – Reuters

Rekod 28 perlawanan tanpa tewas itu dicatat pada musim 2010/2011 di bawah kendalian Pep Guardiola dengan anak buah Enrique itu sedia untuk mengulangi pencapaian ‘treble’ bagi merangkul trofi Liga-liga Juara Eropah, La Liga dan Copa Del Rey yang diraih musim lalu.

Barcelona meraih kemenangan ke atas Levante selepas Luis Suarez menjaringkan gol ke-36 musim ini bagi membolehkan pasukan mendahului puncak liga La Liga dengan kelebihan tiga mata berbanding Atletico Madrid.

Pemain tengah Levante, David Navarro, membenarkan kelebihan memihak kepada Barca pada minit ke-21 apabila dia menjaringkan gol sendiri.

Pasukan pelawat terpaksa menunggu pada masa tambahan bagi menjadikan keputusan lebih selamat apabila Suarez menyudahkan serangan balas yang juga jaringan ke-20 dilakukannya dalam saingan La Liga.

Barcelona yang berbekal satu perlawanan dalam tangan kini mengumpul 54 mata, dengan berbekal kelebihan tiga mata daripada Atletico, yang sebelum ini mencatat kemenangan 3-1 ke atas Eibar, semalam.

Real Madrid berada di kedudukan ketiga dengan 47 mata dan dijadual berdepan Granada selepas ini.

Barca memerlukan sedikit tuah bagi memecah kebuntuan selepas hantaran Jordi Alba ditampan masuk Navarro ke gawang sendiri pada minit ke-21 dengan Jose Luis Morales hampir menyamakan kedudukan buat Levante namun rembatannya sekadar singgah di palang pada minit ke-37. – AFP