Barca tekad akhiri badi juara

Barca tekad akhiri badi juara

MADRID, 15 Sept (dpa) – Kejayaan hebat pasukan AC Milan pimpinan Arrigo Sacchi 25 tahun lalu yang mampu mempertahankan kejuaraan Eropah mereka dengan berturut-turut memang terpahat menjadi sejarah kegemilangan pasukan itu.

Barcelona akan cuba melakukan demikian pada musim ini, bagi kali keempat dalam tempoh sembilan tahun.

Pada 2007, skuad yang diterajui Frank Rijkaard Ronaldinho – yang menumpaskan Arsenal 2-1 pada final 2006 – disingkirkan pada pusingan 16 oleh Liverpool.

Tiga tahun kemudian, juara bertahan Barca – kini di bawah bimbingan Pep Guardiola dan diketuai oleh Xavi dan Lionel Messi – terlepas ke final, apabila kalah kepada Inter Milan di peringkat separuh akhir. Dan ia merupakan kes deja vu pada 2012, apabila juara Barca tersingkir pada separuh akhir oleh pemenang Chelsea – dan badi yang menakutkan juara itu kini mengancam kembali.

Messi (kanan) meraikan jaringan bersama rakannya semasa menentang Atletico dalam aksi La Liga di stadium Vicente Calderon di Madrid, 12 September lalu. – Reuters
Messi (kanan) meraikan jaringan bersama rakannya semasa menentang Atletico dalam aksi La Liga di stadium Vicente Calderon di Madrid, 12 September lalu. – Reuters

“Kami sedar betapa susahnya keadaan apabila anda adalah juara bertahan,” kata midfield Andres Iniesta, yang kini merupakan kapten kelab ekoran penghijrahan Xavi ke Qatar.

“Apabila anda juara, semua pasukan mahu menumpaskan anda. Mereka lebih bermotivasi dan bermain dengan lebih hebat berbanding sebelumnya…juga, selepas memenangi kejuaraan semua tahu bagaimana anda bermain, kekuatan dan kelemahan anda.

“Bagaimanapun kami akan bermain dengan terbaik. Kami tahu ia bukan mudah, tetapi kami setentunya akan mencuba.”

Faktor utama ke atas Barca adalah pengharaman perpindahan yang dikenakan oleh UEFA kerana mendapatkan khidmat pemain remaja import dalam skim remaja mereka. Ini bermakna mereka tidak berupaya untuk memantapkan skuad mereka pada musim panas ini.

ARTIKEL YANG SAMA