Barca tumpu Liga Juara-Juara

Barca tumpu Liga Juara-Juara

PARIS, 4 April (AFP) – Penyandang gelaran, Barcelona akan cuba mengatasi kekalahan mereka dalam El Clasico apabila menanti Atletico Madrid awal pagi Rabu ini dalam saingan pusingan pertama suku akhir Liga Juara-Juara di Camp Nou.

Pada malam Barca memberikan penghormatan terhadap mendiang pemain hebat Belanda, Johan Cruyff, rekod 39 perlawanan tanpa kalah gergasi Catalan itu berakhir selepas jaringan Karim Benzema dan Cristiano Ronaldo memadam jaringan awal Gerard Pique.

“Bagi saya perlawanan ini sudah menjadi sejarah,” kata jurulatih Barca, Luis Enrique, sambil menambah dia mahu melupakannya dan tidak terkesan dengan kekalahan itu.

Barcelona menang enam pertemuan terakhir berdepan Atletico, namun skuad Los Rojiblancos itu mengatasi mereka dalam saingan peringkat sama pada 2013-14 – kegagalan tunggal Barca untuk mara ke separuh akhir sejak lapan musim.

Jurulatih Barca, Enrique tidak terkesan terhadap kekalahan pasukannya ketika menentang Real Madrid pada perlawanan lalu dan menganggap pasukannya sudah mencipta sejarah tersendiri. – Reuters.
Jurulatih Barca, Enrique tidak terkesan terhadap kekalahan pasukannya ketika menentang Real Madrid pada perlawanan lalu dan menganggap pasukannya sudah mencipta sejarah tersendiri. – Reuters.

Bayern Munich akan menanti pendahulu liga Portugal, Benfica pada pusingan pertama dengan skuad kendalian Pep Guardiola berharap untuk mara ke kelompok empat terakhir buat kali kelima berturut-turut.

Bayern menang 1-0 di laman sendiri berdepan Eintracht Frankfurt ketika mereka kekal lima mata di depan Borussia Dortmund dalam Bundesliga, namun kapten Philipp Lahm memberi amaran bahawa mereka perlu meningkatkan tahap permainan berdepan Benfica.

“Saya rasa ia akan menjadi perlawanan yang sama sekali berbeza. Kami akan bersedia dengan sempurna. Kami perlukan persembahan lebih baik, tapi saya tidak risau mengenainya.”