Barca, United kumpulan senang

Barca, United kumpulan senang

MONACO, 28 Ogos – Juara Barcelona dan gergasi Manchester United mungkin tersenyum dengan undian menarik dalam Liga Juara–Juara di Monaco semalam.

Pemburuan Barca untuk menjadi pasukan pertama mengembalikan mahkota Eropah bermula lancar ketika Lionel Messi dan rakan-rakannya diundi bersama Bayer Leverkusen, Roma dan BATE Borisov dalam Kumpulan E.

United kembali ke dalam pertandingan selepas hilang setahun dan jurulatih Louis van Gaal, yang berkata dia lebih suka untuk melihat pasukan simpanan United beraksi dan lebih menggembirakan juara tiga kali itu diundi dalam Kumpulan B bersama PSV Eindhoven, CSKA Mosocw dan Wolfsburg.

Jurulatih Chelsea Jose Mourinho kembali ke FC Porto yang pernah dibimbingnya menjulang mahkota itu pada 2004, dengan kedua-duanya disertai oleh Dynamo Kiev dan Maccabi Tel Aviv dalam Kumpulan G.

Pasukan kumpulan A, B, C dan D Liga Juara-Juara dipaparkan di skrin selepas undian di Monaco semalam. – AFP
Pasukan kumpulan A, B, C dan D Liga Juara-Juara dipaparkan di skrin selepas undian di Monaco semalam. – AFP

Dan terdapat keluhan daripada pasukan utara London dengan Arsenal diundi bersama pemenang gelaran lima kali dan musuh lama Bayern Munich – Olympiakos dan Dinamo Zagreb dalam Kumpulan F.

Bayern dan Arsenal telah bertemu dua kali dalam 16 pasukan terakhir pada 2012/2013 dan 2013/2014 dengan gergasi Jerman itu memenangi kedua–dua perlawanan. Paris Saint-Germain dan penyokong mereka dari Qatar tertekan untuk menambah mahkota Eropah.

Tetapi pasukan suku akhir itu dalam tiga musim lalu mengalami kesukaran selepas disatukan bersama raja benua 10 kali, Real Madrid.

Tetapi juara Perancis itu menerima berita itu dengan tabah sambil menyindir Real dalam Twitter dengan memuat naik gambar Antoine Komboaure dengan kapsyen: “PSG-Real. Masih Ingat?” dalam merujuk kepada jaringan minit akhir untuk mengetepikan Real dari suku akhir Piala UEFA pada 1992-1993. – AFP