Barcelona cari tonik tepis ‘sial’

Barcelona cari tonik tepis ‘sial’

MADRID, 15 April (AFP) – Barcelona akan menjadi hos kepada Valencia Ahad ini yang memerlukan kemenangan untuk menghentikan tiga kekalahan berturut-turut dalam empat perlawanan dan menghalang pasukan kehilangan cengkaman ke atas perebutan gelaran La Liga.

Pasukan Catalan masih mendahului Ateltico Madrid tiga mata dengan baki enam perlawanan sahaja lagi, tetapi penyingkiran dari Liga Juara-Juara kepada Atletico Rabu lalu ketika mereka berusaha untuk merangkul tiga kejayaan untuk kali kedua terhenti.

“Jelas kami tidak berada dalam kedudukan terbaik musim ini,” kata pertahanan Barca, Gerard Pique. “Dalam dunia bola sepak musim sempurna tidak wujud. Kami perlu meneruskan dalam dua perlawanan yang masih ada.”

Barca memerlukan reaksi daripada tiga pemain bintang mereka, Lionel Messi, Neymar dan Luis Suarez, yang dilihat hambar pada akhir musim.

Messi belum menjaringkan gol dalam lima perlawanan, sementara itu Neymar juga gagal untuk menjaringkan gol daripada permainan terbuka ketika Barca hanya memenangi sekali dalam lima perlawanan mereka.

“Kami perlu meningkatkan diri kami kerana kami masih memiliki dua jaringan menarik untuk diperoleh,” tambah jurulatih Barca, Luis Enrique.

Bagaimanapun, satu-satunya pertukaran Barca dalam kesebelasan utama di Calderon pada pertengahan minggu hanya di gawang di mana Claudio Bravo akan menggantikan Marc-Andre ter Stegen.

Valencia juga menghampiri perlawanan dengan lebih tenang selepas jaringan kemenangan minit akhir Alvaro Negredo ke atas Sevilla kali terakhir mereka mencatatkan sembilan mata dari zon penyingkiran bagi perlawanan pertama di laman sendiri Pako Ayestaran, sejak menggantikan Gary Neville yang dipecat.

Pasukan pelawat juga mungkin membalas dendam setelah dikalahkan 7-0 dalam lawatan terakhir mereka ke Camp Nou ketika bersama Neville Februari lalu.