Barcelona cemas

Barcelona cemas

MADRID, 19 April (AFP) – Barcelona perlu menterbalikkan kehilangan rentak permainan untuk memenangi kesemua lima baki perlawanan La Liga untuk memastikan mereka mengekalkan gelaran, bermula dengan kunjungan ke Deportivo la Coruna, esok.

Gergasi Catalan itu hanya mencatatkan satu mata daripada empat perlawanan La Liga mereka yang lalu dan tewas empat daripada lima perlawanan setelah memenangi 39 perlawanan tanpa kalah dalam tempoh enam bulan.

Hanya rekod terbaik berturut-turut Barca memisahkan mereka daripada penguasa Liga Juara-Juara, Atletico Madrid di tangga teratas dengan Real Madrid hanya ketinggalan satu mata selepas tujuh perlawanan liga berturut-turut.

Kesemua tiga pasukan itu menghadapi ujian getir malam esok yang akan berusaha untuk merebut gelaran dengan senarai persaingan bagi tiga pasukan pilihan dalam empat perlawanan terakhir mereka.

Barca akan beraksi lebih awal ketika mereka membuat kunjungan ke Galicia dalam keadaan terdesak untuk menghentikan kekalahan terburuk mereka dalam tempoh 13 tahun.

Reaksi Messi selepas Valencia menjaringkan gol dalam aksi La Liga di stadium Camp Nou di Barcelona, kelmarin. – AP
Reaksi Messi selepas Valencia menjaringkan gol dalam aksi La Liga di stadium Camp Nou di Barcelona, kelmarin. – AP

Jurulatih Luis Enrique dan pertahanan utama, Gerard Pique menegaskan Barca boleh dan akan memenangi liga jika beraksi seperti menentang Valencia Ahad lalu biarpun tewas 2-1 menerusi permainan yang bercampur-campur, penyudah hambar dan persembahan menarik penjaga gol Diego Alves.

“Jika terdapat pasukan yang boleh melakukannya lebih banyak dengan menyatakan apa yang mereka lakukan, pasukan itu adalah Barcelona,” kata Enrique.

“Kami tidak mempunyai sebarang ruang untuk melakukan kesilapan, tetapi saya lebih suka memilih untuk tewas seperti ini berbanding menang dengan permainan buruk,” tambah Pique. “Bola sepak adalah seperti ini, kadangkala ia luar biasa, kadangkala ia begitu kejam.”

Bagaimanapun, ketiadaan Pique pada bahagian pertahanan Barca kerana penggantungan adalah kehilangan besar Enrique dengan Marc Bartra dijangka akan menggantikan ketiadaan Jeremy Mathieu dan Thomas Vermaelen.

ARTIKEL YANG SAMA