Barcelona hadapi Sociedad tanpa Suarez

Barcelona hadapi Sociedad tanpa Suarez

MADRID, 8 April (AFP) – Barcelona perlu menterbalikkan keputusan hambar di gelanggang luar menentang Real Sociedad sejak beberapa tahun untuk menghindarkan hilang cengkaman ke atas perebutan gelaran Sepanyol apabila mereka mengunjungi Anoeta esok.

Biarpun mengalami kekalahan buat kali pertama dalam 40 perlawanan bagi persaingan La Liga di tempat sendiri kepada Real Madrid hujung minggu lalu, Barca masih mendahului Atletico Madrid enam mata dan Real satu mata di belakang ketika musim berbaki tujuh perlawanan.

Bagaimanapun, juara Eropah itu belum mencatatkan kemenangan dalam enam kunjungan lalu mereka ke San Sebastian, termasuk kekalahan dalam tiga musim lalu dalam La Liga.

“Kami telah menunjukkan sejak beberapa tahun kami boleh menewaskan Barca dan kami boleh melakukannya sekali lagi esok,” bekas midfield Real Madrid yang beraksi bersama Real Sociedad, Asier lllarramendi memberitahu laman sesawang kelab itu.

“Pasukan ini boleh menewaskan sesiapa saja apabila kami beraksi dengan baik. “Sehingga ia ditentukan Barca terpaksa berjuang dan saya pasti Atletico dan Real Madrid tidak akan menyerah kalah.”

Barca melalui memori yang teruk dalam lawatan lalu mereka ke Anoeta ketika kekalahan 1-0 membawa kelab itu dalam krisis dan membolehkan jurulatih Luis Enrique hampir dipecat.

Luis Enrique meletakkan Lionel Messi dan Neymar di bangku simpanan sebagai hukuman kerana tiba lewat berbanding rakan sepasukan mereka selepas rehat Krismas.

ARTIKEL YANG SAMA