Barcelona ikat Gomes 5 tahun

Barcelona ikat Gomes 5 tahun

MADRID, 22 Julai – Barcelona semalam bersetuju dengan perjanjian untuk menandatangani pemain tengah Portugis Andre Gomes dari Valencia.

“Pemain itu akan menandatangani kontrak dan dijadikan sebagai pemain Barcelona FC yang baru minggu depan,” kata kelab Sepanyol dalam satu kenyataan.

Kelab itu memberikan butiran kewangan tetapi media Sepanyol melaporkan anngaran kos Gomes itu bernilai kira-kira 50 juta euro.

Pemain berusia 23 tahun yang merupakan sebahagian daripada ahli pasukan Kejohanan Eropah 2016 yang dimenangi Portugal, bersetuju untuk perjanjian lima tahun dengan Barcelona, menurut laporan.

Gomes ketika sidang akhbar di Marcoussis, Perancis, pada 4 Julai yang lalu. Barcelona semalam bersetuju dengan perjanjian untuk menandatangani pemain tengah Portugis dari Valencia itu. – AP
Gomes ketika sidang akhbar di Marcoussis, Perancis, pada 4 Julai yang lalu. Barcelona semalam bersetuju dengan perjanjian untuk menandatangani pemain tengah Portugis dari Valencia itu. – AP

Gomes membuat 77 penampilan untuk Valencia dalam dua musim selepas berpindah dari kelab Portugal, Benfica di mana beliau memulakan kerjayanya.

Gomes yang mempunyai baki kontrak dengan Valencia sehingga Jun 2020, beraksi 27 perlawanan liga untuk kelab itu sepanjang kempen 2015-16.

Menjuarai Euro 2016 bersama Portugal, Gomes akan menjadi pemain keempat Barca pada musim panas ini selepas kehadiran Samuel Umtiti, Denis Suarez dan Lucas Digne.

Beliau juga dipercayai menjadi sasaran musuh ketat Barcelona, Real Madrid. – AFP