Barcelona ikat Neymar, kontrak baru lumayan

Barcelona ikat Neymar, kontrak baru lumayan

MADRID, 29 Okt (Agensi) – Barcelona mengambil langkah drastik bagi memastikan penyerangnya, Neymar terus menyarung jersi kelab tersebut dengan menawarkan kontrak baru yang lebih lumayan.

Bertindak di atas laporan kemungkinan Neymar mahu berpindah ke kelab lain bagi mencerahkan peluang untuknya meraih anugerah Ballon d’Or sekaligus dikaitkan dengan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United yang sedia melabur mendapatkan pemain Brazil ini.

Bapa Neymar mengesahkan United menunjukkan minat serius terhadap anaknya pada musim perpindahan akan datang dan pengurus Louis van Gaal sanggup membuat bayaran rekod dunia bagi mendapatkan khidmat pemain berusia 23 tahun itu.

Neymar dalam keadaan kesakitan di atas padang ketika perlawanan Liga Sepanyol Barcelona menentang SD Eibar di Stadium Camp Nou di Barcelona. Gambar dirakam pada 25 Oktober 2015. – AFP
Neymar dalam keadaan kesakitan di atas padang ketika perlawanan Liga Sepanyol Barcelona menentang SD Eibar di Stadium Camp Nou di Barcelona. Gambar dirakam pada 25 Oktober 2015. – AFP

Namun kelab gergasi Sepanyol itu sedia menggandakan gaji Neymar kepada 500,000 pound seminggu sekali gus menjadikannya pemain ketiga dunia yang menerima gaji tertinggi.

Setakat ini hanya Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo sahaja yang menerima gaji tertinggi iaitu masing-masing 565,000 pound seminggu dan 550,000 pound seminggu.

Tawaran kontrak baru itu membuktikan Barcelona tidak akan biarkan Neymar berpindah ke kelab lain.

ARTIKEL YANG SAMA