Barcelona juara Copa Del Ray

Barcelona juara Copa Del Ray

BARCELONA, Sepanyol, 31 Mei (AP) – Lionel Messi menjaringkan gol pembukaan sebelum menambah gol kedua untuk mendahului Barcelona dalam persaingan Copa del Rey dengan kemenangan 3-1 ke atas Athletic Bilbao semalam, yang jelas memberikan kelab trofi kedua dari kemungkinan trofi ketiga sebelum perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Messi melakukan secara solo pada minit ke-20 apabila menggelecek empat pemain pertahanan Bilbao untuk membolehkan Barcelona menguasai perlawanan. Pemain bintang itu menambah gol kedua selepas Neymar menggandakan pendahuluan untuk menghasilkan kelebihan 3-0 ketika Barcelona mencatatkan rekod piala ke 27- – dan ketiga dalam tempoh tujuh tahun, semuanya di atas kelebihan Bilbao.

Barcelona memenangi liga Sepanyol dua minggu lalu dan, diketuai oleh Luis Enrique, sekarang memenangi dua trofi utama buat kali pertama sejak 2011. Ia menamatkan musim lalu tanpa kejayaan di bawah bekas jurulatih Gerardo Martino. Ia akan berpeluang untuk mencatatkan tiga kejayaan apabila menentang Juventus bagi persaingan Piala Eropah di Berlin pada Sabtu depan.

“Kami mempunyai dua dan sekarang kami mahukan tiga. Ini adalah mentaliti pasukan ini dan kelab ini,” kata Luis Enrique. “Messi adalah pemain terbaik dunia, walaupun kami sudah biasa dengannya. Saya menyaksikan jaringan pertamanya secara dekat, ia membuatkan saya mahu melihatnya lagi sekali.”

Jaringan itu adalah diri Messi sebenar: gabungan kemahiran yang unik, kelajuan dan keberanian.

Pasukan Barcelona bergambar ramai setelah memenangi Copa Del Ray. – AFP
Pasukan Barcelona bergambar ramai setelah memenangi Copa Del Ray. – AFP

Pemain penyerang Argentina itu dilihat terperangkap apabila tiga pemain pertahanan mengelilinginya di sudut kanan tetapi, dari melakukan hantaran, Messi menghadapi kesemuanya. Dia menggelecek bola melalui jejak yang dibentuk oleh Mikel Baleziaga, Mikel Rico dan Benat Etxabarria, meluru ke dalam kawasan, menukar pergerakan bagi menghindarkan cabaran Ayemeric Laporte dan kemudian menjaringkan gol di antara kedua belah kaki penjaga gol.

“Jika Messi tidak dapat dihentikan, dia hampir sukar dihentikan, dia melihat segala yang anda lakukan,” kata jurulatih Bilbao, Ernesto Valverde. “Jaringan pertamanya adalah luar biasa.”

Jaringan Messi adalah yang ke-57 dan 58 musim ini ketika dia mencatatkan trofi ke-23 bagi Barcelona. Dia telah menjaringkan semua tiga gol di peringkat akhir kejohanan Copa del Rey Barcelona yang dimenanginya bersama. Dengan jaringan ke-38 Neymar, trio Messi, Neymar dan Luis Suarez mencatatkan 120 jaringan sepanjang perlawanan musim ini.

Satu lagi kejayaan ke atas Juventus menyaksikan persaingan Barcelona mencatatkan tiga perlawanan penting musim ini, pertama dicapai ketika di bawah kendalian Pep Guardiola pada 2008-09, apabila Barcelona menjadi kelab dari Sepanyol untuk memenangi Liga Juara–Juara, liga Sepanyol dan Copa del Rey pada musim yang sama.