Barcelona kekal tangga teratas liga

Barcelona kekal tangga teratas liga

MADRID, 1 Mei (AFP) – Jurulatih Barcelona, Luis Enrique percaya juara Sepanyol telah mengambil langkah besar ke arah mengekalkan jawatan mereka setelah mereka mengatasi 10 pemain Betis 2-0 awal pagi tadi.

Para pemain Enrique masih perlu menang dua perlawanan yang berbaki terhadap musuh setempat Espanyol dan Granada untuk terus memberikan jaminan kepada pasukan itu memenangi liga selepas Atletico Madrid dan Real Madrid juga menang pada perlawanan yang berasingan.

“Saya mempunyai perasaan bahawa ia adalah semakin dekat,” kata Enrique.

“Perlawanan seterusnya yang perlu kami hadapi ialah menentang Espanyol dan saya pasti Nou Camp akan goyang.”

Barcelona kekal di tangga teratas La Liga apabila Ivan Rakitic dan Luis Suarez membantu kemenangan 2-0 menewaskan Real Betis yang bermain dengan 10 pemain, awal pagi tadi.

Suarez (kanan) meraikan jaringan buat Barcelona pada perlawanan menentang Betis di Stadium Benito Villamarin di Sevilla semalam. – AFP
Suarez (kanan) meraikan jaringan buat Barcelona pada perlawanan menentang Betis di Stadium Benito Villamarin di Sevilla semalam. – AFP

Pada hari yang memberi tekanan kepada semua tiga pasukan yang sedang memburu gelaran takhta liga, Antoine Griezmann daripada bangku simpanan berjaya menyumbang mata dalam kejayaan 1-0 Atletico Madrid menewaskan Rayo Vallecano untuk terus berada di belakang Barca.

Tandukan Gareth Bale pada 10 minit sebelum perlawanan berakhir memberi peluang kepada Real Madrid yang berada di kedudukan ketiga untuk berada satu mata di belakang pendahulu susulan kemenangan 1-0 di Real Sociedad.

Barca perlu menang dalam dua baki perlawanan menentang Espanyol di laman sendiri dan di Granada bagi menjamin kedudukan di takhta liga dan kejayaan menentang Betis membantu mereka meskipun persembahan yang kurang meyakinkan.

“Saya tidak rasa sama ada dua pasukan lagi akan ketinggalan mata jadi kami perlu menang permainan kami,” kata pengurus Barca, Luis Enrique.

“Kami perlu memberi tumpuan terhadap diri sendiri, menjadi yang terbaik dalam serangan dan pertahanan dan menamatkan perlawanan seperti mana keyakinan yang kami tunjukkan hari ini.”

Pemain pertahanan Betis, Heiko Westermann dibuang padang pada 10 minit sebelum babak pertama berakhir apabila dia menerima kad kuning kedua dalam tempoh tujuh minit apabila menjatuhkan Rakitic.

ARTIKEL YANG SAMA