Barcelona mara ke suku akhir Copa

Barcelona mara ke suku akhir Copa

BARCELONA, 14 Jan (AFP) – Barcelona menamatkan persaingan tiga perlawanan yang hambar menentang Espanyol di kedudukan teratas dengan menempah tempat suku akhir dalam Copa del Rey menerusi agregat 6-1 setelah menang 2-0 di Cornella-El Prat semalam.

Lionel Messi yang baru sahaja menjulang Ballon d’Or kelimanya, sekali lagi menjadi inspirasi Barca ketika dia mendapatkan Munir El Haddadi untuk membuka jaringan sebelum pemain itu menjaringkan gol keduanya pada malam itu.

Terdapat kurang tekanan di atas padang berbanding pertemuan kedua-dua pasukan 10 hari lalu, bagaimanapun Espanyol boleh dihukum kerana pemidang yang menyakitkan bintang pop Colombia, Shakira – rakan kepada pemain pertahanan Barca, Gerard Pique – dan Luis Suarez.

Athletic Bilbao, Celta Vigo dan Las Palmas juga menempah tempat dalam lapan pasukan terakhir untuk menyertai Sevilla dan Mirandes, yang layak Selasa lalu untuk undian suku akhir esok.

Messi (tengah) cuba melepasi halangan pemain Espanyol, Franco Burgui (kiri) dan Abraham Gonzalez (kanan) dalam aksi Copa del Rey di stadium Cornella-El Prat, semalam. – Reuters
Messi (tengah) cuba melepasi halangan pemain Espanyol, Franco Burgui (kiri) dan Abraham Gonzalez (kanan) dalam aksi Copa del Rey di stadium Cornella-El Prat, semalam. – Reuters

Pendahulu La Liga, Atletico Madrid yang akan menjadi hos kepada Rayo Vallecano lewat hari ini, terikat seri 1-1, sementara Valencia yang dikendalikan Gary Neville melangkah sebelah kaki ke suku akhir ketika mendahului Granada 4-0.

Suarez digantung perlawanan kerana perbalahan dengan pemain Espanyol dalam terowong selepas perlawanan pertama minggu lalu di mana pasukan pelawat menyaksikan dua pemain diarah meninggalkan padang.

Bos Barca, Luis Enrique juga merehatkan Neymar, Pique, Sergio Busquets dan Andres Iniesta, tetapi Messi menjadi kapten pasukan itu dua hari selepas mengekalkan gelarannya sebagai Pemain Tahunan Dunia.

Francesco Bardi menghasilkan penyelamat menarik untuk menghalang jaringan pembukaan pemain dari Argentina itu dengan voli kencang pada minit ke-11.

Bagaimanapun, penjaga gol Espanyol terjejas apabila El Haddadi menyudahkan hantaran Messi untuk menewaskan Bardi.

ARTIKEL YANG SAMA