Barcelona menjelang perlawanan Akhir

Barcelona menjelang perlawanan Akhir

BARCELONA, 5 Jun (Reuters) – Barcelona nampaknya dibelenggu krisis di dalam dan luar padang beberapa bulan lalu namun dalam perubahan luar biasa kini mereka hampir-hampir memperoleh tiga kemenangan bersejarah.

Pasukan Catalan berada dalam keadaan teruk tatkala mereka bersedia untuk menentang Juventus dalam perlawanan final Liga Juara-Juara esok dan ingin mengulang kejayaan mereka pada 2009 apabila mereka menjadi pasukan Sepanyol pertama yang memenangi tiga kejuaraan.

Dipimpin oleh pemain berinspirasi Lionel Messi, mereka telahpun memenangi La Liga dan Piala Copa del Ray.

Tiga penyerang yang terdiri daripada Messi, Neymar dan Luis Suarez telah menjaringkan 120 gol kesemuanya setakat ini, berbanding dengan mana-mana tiga pemain di Sepanyol sebelum ini.

“Kami mempunyai hubungan yang baik dan jika anda mempunyai hubungan baik dari padang, maka ia akan menjadikannya lebih mudah,” beritahu Messi kepada UEFA.com pada minggu ini.

Namun apabila Pep Guardiola mengambil alih pada 2008 dan memimpin Barca kepada tiga kemenangan pertama mereka, musim ini bermula dengan suasana yang tidak pasti.

Barca telah kehilangan arah selepas era kegemilangan di bawah pimpinan Guardiola dan kempen sebelum ini di bawah Gerardo Martino telah melihat kesemua piala utama terlepas daripada simpanan mereka.

Tito Vilanova telah mengganti Guardiola tetapi satu pertarungan dengan kanser bermakna dia menghabiskan tempoh yang lama menjalani rawatan di New York sementara pembantunya Jordi Roura menyelia persediaan pasukan.