Barcelona mula jelajah tanpa Messi

Barcelona mula jelajah tanpa Messi

MADRID, 23 Sept – Barcelona akan beraksi tanpa Lionel Messi untuk berdepan Sporting Gijon dalam perlawanan pertama daripada tiga aksi minggu ini ketika mereka bergelut untuk mengejar Real Madrid, esok.

Messi mengalami kecederaan ketika seri 1-1 menentang Atletico Madrid dan kecederaan pangkal pahanya yang berulang itu memaksanya berehat untuk tempoh tiga minggu akan datang.

Ketiadaannya memberikan impak lebih besar buat Argentina berbanding Barca kerana juara dunia dua kali itu akan kehilangan kapten mereka untuk aksi kelayakan Piala Dunia menentang Paraguay dan Peru. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA