Barcelona perkenalkan Gomes

Barcelona perkenalkan Gomes

BARCELONA, 28 Julai – Midfield Portugis Andre Gomes yang menyertai Barcelona diarak di Nou Camp semalam selepas bayaran 55 juta euro dipersetujui Valencia untuk mengikat pemain itu dengan perjanjian lima tahun.

Pemain berusia 22 tahun itu dan sebahagian daripada skuad Portugal yang memenangi Kejohanan Eropah, mempunyai klausa pelepasan sebanyak 100 juta euro (AS$110 juta) dan kos permulaan 35 juta euro, dengan tambahan 20 juta.

Gomes, yang bersetuju dengan perpindahan itu minggu lepas, berkata beliau memilih juara Sepanyol kerana merasakan ia peluang terbaik beliau untuk maju sebagai pemain.

“Setiap kelab mempunyai personaliti tersendiri. Antara perkara terbaik dan sesuai dengan saya ialah Barcelona,” kata pemain itu sambil menambah dia telah menolak tawaran lain daripada kelab lain.

Gomes membuat 77 penampilan untuk Valencia dalam dua musim selepas berpindah dari kelab Portugal, Benfica. Beliau juga dipercayai menjadi sasaran musuh ketat Barcelona, ​​Real Madrid.

Andre Gomes(kiri) memegang jersi baru bersama presiden Barcelona Josep Maria Bartomeu di stadium Camp Nou di Barcelona kelmarin. – AFP
Andre Gomes(kiri) memegang jersi baru bersama presiden Barcelona Josep Maria Bartomeu di stadium Camp Nou di Barcelona kelmarin. – AFP

Gomes merupakan tangkapan keempat Barcelona pada musim panas ini ​​selepas menandatangani semula Denis Suarez dari Villarreal dan Samuel Umtiti dari Lyon dan Lucas Digne dari PSG.

Sementara itu, penyerang antarabangsa Itali, Ciro Immobile meninggalkan Sevilla untuk menyarungi jersi Lazio, semalam dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan.

Penyerang berusia 26 tahun itu tiba di Sevilla pada musim panas lalu dan menyumbang empat gol dalam 15 penampilan, sebelum dipinjamkan ke pasukan Serie A, Torino pada pertengahan musim lalu.

Immobile pernah beraksi sebanyak 15 kali untuk Itali dan membuat dua penampilan di Euro 2016 ketika skuad yang terkenal dengan jolokan The Azzurri itu kecundang kepada Jerman di suku akhir. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA