Barcelona raja Eropah

Barcelona raja Eropah

BERLIN, 7 Jun (Reuters) – Barcelona muncul raja Eropah apabila meraih trofi kelimanya bagi Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan juara Itali, Juventus 3-1 pada aksi final di Olympic Stadium, awal pagi tadi.

Ia juga trofi kejuaraan ketiga Barca musim ini selepas mendakap juara La Liga dan Piala Raja Sepanyol sekali gus musim ini.

Gol Barcelona dijaringkan menerusi Ivan Rakitic seawal minit ke-4, manakala Luis Suarez meledak pada minit ke-68 diikuti penyerang Brazil, Neymar pada minit terakhir permainan.

Bekas penyerang Real Madrid Alvaro Morata gol penyamaan 1-1 beberapa minit separuh masa kedua bermula, namun tidak dapat menyekat dominasi Barca yang memburu dua lagi gol selepas itu.

Ia adalah pencapaian cemerlang jurulatih Barcelona, Luis Enrique, yang juga bekas pemain antarabangsa Sepanyol sejak berkhidmat di Nou Camp.

Pemain Barcelona meraikan kemenangan ke atas Juventus dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA di Stadium Olimpik Berlin semalam. – AFP
Pemain Barcelona meraikan kemenangan ke atas Juventus dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA di Stadium Olimpik Berlin semalam. – AFP

Dalam perkembangan berkaitan, Enrique enggan menyatakan sama ada dia masih kekal menerajui kelabnya pada musim seterusnya selepas berjaya membawa Barca mendakap tiga trofi kejuaraan musim ini termasuk Liga Juara-Juara Eropah pagi tadi.

Kemenangan Barca ke atas Juventus itu bermakna mereka menjadi pasukan pertama memenangi liga domestik dan Piala Eropah serta pertandingan kelab elit pada musim sama dua kali, mengulangi rekod 2009.

Pencapaian kelab Sepanyol itu nyata luar biasa biarpun terpalit krisis institusi sekitar awal tahun ini yang membawa kepada pemecatan pengarah sukannya, Andoni Zubizarreta.

Luis yang dilantik Zubizarreta, jelas tidak berpuas hati dengan pemecatan itu, mengundang spekulasi kemungkinan perubahan jurulatih juga boleh berlaku.

ARTIKEL YANG SAMA