‘Barcelona’ seri 3-3 dengan ‘Real’

‘Barcelona’ seri 3-3 dengan ‘Real’

Oleh Faridah Haji brahim

 

PERLAWANAN bola sepak persahabatan El-Clasico 2015 di antara para pemain RB Veteran yang membabitkan dua pasukan dinamakan sebagai ‘FC Barcelona’ dan ‘Real Madrid’ berkesudahan dengan kedudukan seri 3-3. Apa yang menarik ialah sepanjang perlawanan itu pemain kedua-dua pasukan turut mengenakan jersi pasukan kedua-dua kelab bola sepak terkemuka berkenaan.

pg20_150926_c

Perlawanan tersebut berlangsung di Kompleks Sukan RBA di Berakas dan turut dimeriahkan dengan penampilan khas dua orang bekas pemain kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan pengurusan Persatuan Bola Sepak Veteran (VFA) yang diwakili oleh Presiden VFA sendiri, Awang Roslin bin Haji Suhailee. Perlawanan persahabatan ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi silaturahim yang sedia terjalin di antara semua pemain RB Veteran dan juga meningkatkan stamina dan kecergasan untuk semua. Di akhir perlawanan tersebut semua pemain menerima cenderahati yang disampaikan oleh Presiden VFA. Kedua-dua pasukan turut bergambar ramai sempena perlawanan itu.

 

ARTIKEL YANG SAMA