Barcelona teruskan pemburuan

Barcelona teruskan pemburuan

BARCELONA, 2 Feb – Juara Eropah, Barcelona meneruskan pemburuan mereka bagi tiga kemena-ngan untuk kali kedua berturut–turut apabila pasukan kendalian Gary Neville, Valencia akan membuat kunjungan ke Camp Nou pada perlawanan pertama separuh akhir Copa del Rey mereka esok.

Persaingan Valencia ke separuh akhir Piala itu adalah satu–satunya kedudukan positif bagi permulaan sukar bagi jurulatih dari England itu dalam peranan pengurusan pertamanya.

Kekalahan pertama di tempat sendiri dalam La Liga sejak November 2014, 1-0 menentang Sporting Gijon pada Ahad lalu, melanjutkan kekalahan Neville dalam La Liga kepada lapan perlawanan dan menyaksikan Valencia hanya lima mata di atas zon penyingkiran.

Pasukan kendalian Neville menghadapi tugasan sukar jika mereka mahu mara ke final buat kali pertama sejak 2008 menentang pasukan Barca yang belum pernah tewas dalam 26 perlawanan.

Bagaimanapun, Neville menegaskan dia menerima cabaran untuk kembali ke salah satu babak kejayaan terhebatnya ketika menjadi seorang pemain yang memenangi Liga Juara–juara bersama Manchester United pada 1999.

“Saya tidak sabar menanti esok malam, dan saya rasa pemain juga sama. Ini adalah masa anda hidup sebagai seorang jurulatih dan seorang pemain,’ katanya.

Salah satu langkah berani Neville adalah untuk menamakan penjaring terbanyak Paco Alcacer menjadi kapten dalam menggantikan Dani Parejo dan berharap pemain antarabangsa Sepanyol itu cergas untuk beraksi selepas dua minggu berehat kerana kecederaan buku lali.

Pasukan pelawat juga menurunkan Denis Chershev dan Guilherme Siqueira selepas mendapatkan persetujuan pinjaman dari Real Madrid dan Atletico Madrid sehingga akhir musim.

Kemasukan Cheryshev dalam pasukan Real daripada perlawanan pembukaan Piala di Cadis menyaksikan mereka diketepikan dari perlawanan ketika dia digantung kerana menghimpunkan kad kuning musim lalu. Bagaimanapun, dia bebas untuk beraksi di Camp Nou. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA