Barcelona tumpu sasaran ke Liga Juara-Juara

Barcelona tumpu sasaran ke Liga Juara-Juara

BARCELONA, 1 Jun (Reuters) – Jurulatih Barcelona, Luis Enrique membenarkan dirinya merasakan seketika kejayaan Piala Copa Del Ray pada Sabtu lalu ke atas Athletic Bilbao sebelum menukar tumpuan kepada perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Juventus, perlawanan terakhir bagi gelaran mereka.

Satu lagi persembahan menarik dari Lionel Messi membantu menghasilkan kemenangan 3-1 ke atas pasukan Basque dan, dengan gelaran La Liga sudah dijulang, mereka sekarang akan menghadapi juara Itali pada 6 Jun dan berazam untuk mengulangi kejayaan itu.

“Kami hampir di sana dan ia adalah kali kedua kelab seperti ini, merangkul banyak sejarah pada peringkat tinggi, yang mampu melakukannya,” Luis Enrique memberitahu sidang akhbar.

“Ia adalah sukar tetapi ini adalah apa yang kami cuba usahakan sekarang. Ia amat menarik jika kami berjaya melakukannya.

Kami merupakan pasukan yang lebih baik berbanding Athletic dalam permainan kami dan sekarang kami perlu menewaskan Juventus.”

Barcelona ketika menjulang piala Copa Del Ray. – AFP
Barcelona ketika menjulang piala Copa Del Ray. – AFP

Messi berjaya menembusi pertahanan Bilbao dengan rembatan cantik selepas membuat larian meninggalkan empat pemain dan menambah satu lagi pada separuh masa kedua. Neymar pula menjaringkan gol di antara itu dan jaringan sagu hati pihak lawan melalui Inaki Williams.

“Kami beruntung melihat Messi ada di setiap latihan,” kata Luis Enrique. “Dalam latihan dia melakukan perkara yang lebih sukar dan saya teringin untuk melihat hasilnya di televisyen.”

Luis Enrique juga menegur Neymar, yang mencetuskan beberapa kejadian tolak menolak dari beberapa pemain selepas dia menunjukkan dengan menyepak bola kepada pemain lawan.

“Jika saya seorang pemain Athletico saya juga akan bertindak dengan perkara sama atau lebih teruk apa yang dilakukan Neymar, tetapi di Brazil ia adalah normal,” katanya.