Barisan kanan Perancis gagal dalam undian

Barisan kanan Perancis gagal dalam undian

PARIS, 14 Dis (AFP) – Barisan Kebangsaan berhaluan kanan Perancis (FN) gagal memenangi satu rantau dalam pengundian semalam di sebalik keputusan yang baru pernah dicatatkan, ketika para pengundi menyertai parti-parti supaya mereka tidak dapat memegang pucuk pimpinan.

Dengan pilihan raya presiden dijangkakan pada 2017, FN yang anti penghijrahan berharap pengundian serantau akan bertindak sebagai papan anjal bagi pemimpin Marin Le Pen.

Tetapi di sebalik penghitungan undi kebangsaan yang paling terbaik bagi FN, dia dikalahkan oleh pihak pembangkang sayap kanan di rantau utara Nord-Pas-de-Calais-Picardie selepas parti memerintah, Parti Sosialis keluar dari pertandingan sebelum pusingan kedua.

Anak saudaranya yang berusia 26 tahun, Marion Marechal-Le Pen juga ditumpaskan oleh kumpulan sayap kanan di rantau selatan yang termasuklah peranginan Cote d’Azur di sebalik pencalonan pusingan pertama minggu lalu.

Parti itu berada di tempat teratas dalam pengundian enam dari 13 buah rantau pada 6 Disember, dengan 28 peratus perkongsian kebangsaan, didorong oleh kemarahan terhadap masalah ekonomi yang dicetuskan serangan pejuang jihad bulan lalu di Paris yang mengorbankan 130 orang.