Barisan terbaru Peugeot

Barisan terbaru Peugeot

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – T.C.Y Motors Sdn Bhd selaku pengedar kenderaan jenama Peugeot di Brunei telah memperkenalkan kereta terbaru jenama Perancis itu, dinamakan 2008 yang mengetengahkan reka bentuk gabungan hatchback dan SUV.

Para pengamal media tempatan, hari ini, telah dijemput untuk mengetahui lebih lanjut tentang model terbaru ini pada acara yang diadakan di Hotel Centrepoint, Gadong, di mana taklimat telah disampaikan oleh Eksekutif Perhubungan Awam dan Pengiklanan T.C.Y Motors Sdn Bhd, Alvin Caro.

Apa yang menarik mengenai kereta ini ialah bentuk badannya berbeza berbanding dengan model-model Peugeot lama yang pernah diperkenalkan.

Model kali ini dikira sebagai saudara kepada Peugeot 208 kerana reka bentuk 2008 hampir sama seperti 208 tetapi lampu utamanya kini dilengkapi DRL LED di samping gril double-bar dengan kemasan krom yang menghiasi bahagian hadapannya, cukup menarik perhatian.

Peugeot 2008 juga mengetengahkan gaya moden dan sportif tidak lari daripada prinsip Peugeot untuk memberi yang terbaik kepada penggunanya.

Peugeot 2008 sebuah kereta ‘Crossover’ diperkenalkan kepada media hari ini.
Peugeot 2008 sebuah kereta ‘Crossover’ diperkenalkan kepada media hari ini.
Ruang dalam Peugeot 2008 yang mempunyai reka bentuk cantik.
Ruang dalam Peugeot 2008 yang mempunyai reka bentuk cantik.

Sementara itu, dengan Peugeot i-Cockpit, ruang dalam 2008 pula bukan sahaja luas dan selesa tetapi padat dengan inovasi terkini. Papan pemukanya dilengkapi skrin sesentuh berdefinisi tinggi (HD) berukuran tujuh inci, di mana punat kawalan diintegrasikan, yang membuatkan kokpit kereta itu terasa mewah.

Dari segi kuasanya, ia dimuatkan dengan enjin 1.6 liter empat silinder DOHC 16-injap VTi yang dipadankan dengan gear automatik 5-kelajuan dan mampu menjana kuasa sehingga 122 PS dan 160 Nm Tork.

Sebagai keselamatan, model ini dilengkapi enam beg udara, dua ISOFIX, Electronic Safety Program (ESP) dengan ciri Anti-Skid Regulator (ASR), DSC (Dynamic Stability Control) dan Electronic Breaking Distribution (EBD) pernah menerima anugerah keselamatan lima bintang ENCAP.

ARTIKEL YANG SAMA