Barisan terbaru tablet Iconia

Barisan terbaru tablet Iconia

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Okt – Acer dengan kerjasama Concepts Computer hari ini mengumumkan pelancaran edisi terkini dalam barisan keluarga Acer Iconia Tablet iaitu Acer Iconia Talk S.

Pengumuman produk terbaru itu berlangsung di Bilik Brilliance, Concepts Computer, Kiulap dengan menjemput beberapa penjual untuk menyaksikan lebih dekat tablet keluaran terbaru itu.

Para penjual (peruncit) turut diberi taklimat mengenai Acer Iconia Talk S oleh Eksekutif Pemasaran Concepts Computer, Awang Zul Abdul Rahman.

Tablet tersebut adalah yang pertama diperkenalkan dengan talian teknologi 4G LTE, paparan skrin 7 inci, fungsi panggilan suara dan muatan MicroSD sehingga 128GB yang dipertingkatkan dari produk sebelumnya.

Ia juga dimuatkan dengan pemproses Snapdragon quad-core bagi peningkatan prestasi tablet yang tidak akan menghampakan penggunanya.

Sesi bergambar ramai bersama para penjual dan kakitangan Concepts Computer.
Sesi bergambar ramai bersama para penjual dan kakitangan Concepts Computer.
Acer Iconia Talk S dengan teknologi 4G LTE. Paparan skrin 7 inci, fungsi panggilan suara dan MicroSD sehingga 128GB, alat ini dipertingkatkan dari produk sebelumnya.
Acer Iconia Talk S dengan teknologi 4G LTE. Paparan skrin 7 inci, fungsi panggilan suara dan MicroSD sehingga 128GB, alat ini dipertingkatkan dari produk sebelumnya.

Ia direka dengan kerangka yang nipis bagi penyesuaian apabila dipegang manakala skrin sesentuhnya lebih besar dengan hanya seberat 270 grams.

Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao berkata, ”Concept Computer tidak mengabaikan kualiti dalam produk itu dan sebagai salah satu peniaga utama di Brunei Darussalam, Concepts Computer akan sentiasa bekerja keras untuk berada di barisan depan dalam menawarkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang mampu dimiliki, seperti Acer Iconia Talk S.”

Dalam majlis itu juga, Concepts Computer turut menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada para penjual dan juga pengamal media.

ARTIKEL YANG SAMA