BARTER 2015 pada September depan

BARTER 2015 pada September depan

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Ogos – Negara Brunei Darussalam yang secara strategiknya terletak di tengah-tengah ASEAN, akan menyaksikan forum peruncitan pertamanya September ini. Forum ini, dengan tepatnya diberi nama BARTER 2015 – Brunei Annual Retail Forum – akan berlangsung pada 17 September 2015 di Hotel Antarabangsa Rizqun di Gadong.

Dianjurkan oleh CONFEX, agenda forum ialah untuk membincangkan integrasi dan perluasan serantau ASEAN. Dengan gabungan penduduk kira-kira 625 juta orang, penumpuan perlu diberikan kepada perolehan besar berpotensi rantau ini dan mudah didatangi.

Ketika rantau ini menjadi pasaran tunggal yang begitu berdaya saing, penganalisis peruncitan menilai impak dan peluang bagi pihak berperanan di serantau dan dalam peruncitan.

Ramai penceramah tempatan dan antarabangsa dan peruncit terkemuka rantau itu dirancang untuk berada di BARTER.

Program termasuklah ucaptama, perbincangan, demonstrasi augmented reality untuk membantu mengembangkan perniagaan dan master class.

Antara topik perbincangan pada forum itu nanti ialah “Apakah seterusnya bagi ASEAN? Ramalan para pemimpin peruncitan tentang cabaran dan peluang,” dan “Di sebalik sempadan Brunei: Membuat lonjakan pertama.”

Master Class akan diadakan pada 18 September 2015 dan dijalankan oleh Kevin Hennah, Pakar Runding Peruncitan antarabangsa.

Kevin akan memperlihatkan bagaimana penyampaian peruncitan boleh diperbaiki dan pemaksimuman keuntungan menerusi strategi dagangan, penggunaan susun atur simpanan dan langkah yang membawa pembaharuan.

Kelas Kevin bertajuk “Visual merchandising and space management”. Sesi ini adalah sesi pembelajaran dinamik dan interaktif yang mana Kevin akan mengongsikan pengalaman meluas beliau bekerjasama dengan kumpulan meluas peruncit berjaya dalam penjualan yang menjana strategi perdagangan.

Pameran Pengguna Peranti Juga akan diadakan di samping forum itu nanti. Ia akan diadakan di The Mall dari 17-20 September 2015. Ini adalah pameran para pemaju dan pencipta aplikasi peranti dan pengedar jenama. Juga akan diadakan kegiatan pentas dengan penyampaian, permainan, demonstrasi interaktif dan tawaran. Untuk mengetahui bagaimana menyertai atau menjadi rakan strategik bagi BARTER, sila hubungi +673 8282213 dan bagi pameran : +673866 4378 atau e-mel kepada register@confex-mice.com untuk sebarang pertanyaan.

ARTIKEL YANG SAMA