Barton digantung tiga minggu

Barton digantung tiga minggu

GLAGSOW, Scotland, 20 Sept – Rangers menggantung pemainnya, Joey Barton selama tiga minggu selepas terbabit pertelingkahan di pusat latihan kelab susulan kekalahan kepada Celtic pada aksi tetangga Old Firm di Liga Scotland.

Barton, 34 terbabit dalam perbalahan mulut membabitkan rakan sepasukannya, Andy Halliday sehari selepas kekalahan 5-1 kepada Celtic. Rangers berkata ‘masa dan ruang diperlukan bagi kedua-dua kelab dan pemain untuk menilai segala yang sudah berlaku’.

Barton sememangnya mempunyai reputasi sebagai pemain yang panas baran. Bekas pemain Manchester City itu pernah menghabiskan tempoh selama 77 hari di dalam penjara pada 2008 selepas terbabit dengan pergaduhan jalanan di Liverpool.

Barton digantung perlawanan selama tiga minggu selepas terbabit dalam satu pertelingkahan di pusat latihan. – AFP
Barton digantung perlawanan selama tiga minggu selepas terbabit dalam satu pertelingkahan di pusat latihan. – AFP

Pada 2012, ketika beraksi bersama kelab Queens Park Rangers, Barton digantung 12 perlawanan atas kelakuan ganas ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris. Tindakan itu menyaksikan dia kemudian dipinjamkan ke kelab Perancis, Marseille.

Minggu lepas, Barton memohon maaf selepas diusir dari kawasan latihan kelab Perdana Scotland itu gara-gara apa yang digelarnya ulasan yang ‘tidak sesuai’ sehingga dihantar pulang sehari sebelum itu berikutan laporan perbalahan bersama rakan sepasukan Andy Halliday.

Insiden itu menyebabkan pengurus Rangers, Mark Warburton memberitahu Barton agar tidak kembali sehingga Isnin lalu dan pemain berusia 34 tahun itu terlepas persaingan Liga Perdana menentang Ross County di Ibrox. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA