Barton mohon maaf

Barton mohon maaf

GLASGOW, 16 Sept – Midfield Rangers Joey Barton memohon maaf selepas diusir dari kawasan latihan kelab Perdana Scotland itu gara-gara apa yang digelarnya ulasan yang ‘tidak sesuai’.

Masa depan Barton bersama pasukan gergasi Glasgow itu diragui selepas dia dihantar pulang Selasa lalu berikutan laporan perbalahan bersama rakan sepasukan Andy Halliday.

Pengurus Rangers, Mark Warburton memberitahu Barton agar tidak kembali sehingga Isnin dan pemain berusia 34 tahun itu tidak akan beraksi dalam persaingan Liga Perdana esok menentang Ross County di Ibrox.

Insiden itu berlaku beberapa hari selepas Rangers mengalami kekalahan 5-1 menentang pesaing Celtic dalam perlawanan pertama liga Old Firm selama empat tahun.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi Twitter semalam, Barton yang mempunyai sejarah beberapa kesalahan kecil dan dipenjarakan sekali berkata ,dia memohon maaf bagi ulasan itu tetapi menegaskan dia memohon maaf kerana mementingkan kelab itu.

Barton lebih banyak menimbulkan kontroversi berbanding menempah kejayaan dengan mana-mana kelab yang disertainya. – AFP
Barton lebih banyak menimbulkan kontroversi berbanding menempah kejayaan dengan mana-mana kelab yang disertainya. – AFP

“Jelas selepas perlawanan Old Firm Sabtu lalu semua orang kecewa dan dalam latihan pada Selasa lalu terdapat perbincangan penuh dan jujur mengenai keputusan itu dan alasan bagi kekalahan kami,” tulis Barton.

“Saya jua seperti semua yang lain, begitu mementingkan tugasan untuk mengekalkan Kelab Rangers pada kedudukan teratas bola sepak Scotland.

“Perbincangan yang kami adakan melibatkan sebahagian rasa tidak setuju mengenai permainan dan sebahagian kata-kata kesat disuarakan. Perkataan yang terlibat dirasai tidak dipersetujui, bukan perkara lain. Bagaimanapun, sebahagian perkataan digunakan mungkin keterlaluan.

“Seperti seseorang yang berkomunikasi secara langsung. Saya menerima sebahagian perkara yang saya katakan tidak sesuai dan untuk itu saya memohon maaf.

“Saya memohon maaf kerana terlalu memikirkan kemenangan dan mahu untuk membuat persembahan lebih baik terhadap diri saya dan bagi Rangers untuk melakukan lebih bagus lagi.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA