Baru keluar, masuk semula

Baru keluar, masuk semula

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160405_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 4 April – Seorang lelaki tempatan yang baru keluar daripada menjalani hukuman penjara 18 bulan atas kesalahan mencuri pada 2014, sekali lagi disumbatkan ke penjara selama 60 bulan oleh Mahkamah Perantaraan, hari ini, atas kesalahan sama.

Hakim Pengiran Hajah Hanani binti Pengiran Haji Metussain turut menjatuhkan dua kali sebatan ke atas Muhammad Zaakirin bin Rahim, 32, yang berdepan tujuh pertuduhan pecah masuk rumah, curi dan menceroboh.

Tertuduh didakwa mencuri sebuah basikal dari sebuah rumah di Jalan Sungai Pandan; sebuah basikal lagi dari rumah di Panaga Seria; wang tunai $224, Baht
$100 dan Peso $20 dari sebuah rumah di Jalan Maulana; $30 dan empat kunci di sebuah rumah di Jalan Utara Panaga; $12 dan $20 lagi dari kediaman pekerja di Jalan Pandan 7.

Dia juga didakwa menceroboh masuk untuk tujuan mencuri di kediaman pekerja di Jalan Pandan 7. Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada Disember 2015 dan Januari hingga Mac 2016.

ARTIKEL YANG SAMA