Bas masuk gaung, 3 maut, 23 cedera

Bas masuk gaung, 3 maut, 23 cedera

KOTA KINABALU, 1 Dis (Bernama) – Tiga maut dan 23 orang lagi cedera selepas sebuah bas ekspres dan sebuah kereta jenis Proton bertembung di simpang Kampung Kiau, Jalan Ranau-Kota Kinabalu, sebelum kedua-dua kenderaan itu terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 200 meter.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Nordin Pauzi berkata, kesemua yang terkorban, dua lelaki dan seorang wanita merupakan pemandu dan penumpang kereta berkenaan manakala yang cedera terdiri daripada pemandu dan penumpang bas ekspres.

Bagaimanapun pihak berkuasa belum mendedahkan identiti mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu.

Keadaan bas ekspress yang jatuh ke dalam gaung dekat Kampung Kiau kira-kira 70 kilometer dari Kota Kinabalu setelah bertembung dengan sebuah kenderaan Proton petang kelmarin. – Bernama
Keadaan bas ekspress yang jatuh ke dalam gaung dekat Kampung Kiau kira-kira 70 kilometer dari Kota Kinabalu setelah bertembung dengan sebuah kenderaan Proton petang kelmarin. – Bernama

Menurut Nordin, kesemua yang cedera berjaya dibawa naik dari gaung dan dihantar ke Hospital Kota Belud dan Hospital Ranau untuk menerima rawatan. “Operasi menyelamat agak sukar kerana terpaksa mengeluarkan mangsa yang tersepit serta menggunakan peralatan hidraulik untuk memotong kenderaan.

“Kaedah ‘High Angel Rescue Technique’ digunakan bagi membawa naik mangsa yang cedera dari dalam gaung, yang kebanyakannya menggunakan pengusung dan tali,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.