Bas ‘mesra alam’ China masuki pasaran AS

Bas ‘mesra alam’ China masuki pasaran AS

pg19_160421_b

SHENZHEN, China, 20 April (AP) – Pengeluar kereta China yang menjual lebih banyak kereta elektrik pada tahun lalu berbanding Tesla, Nissan atau GM sedang mengambil jalan belakang dalam pasaran Amerika dengan bas yang menggunakan bateri.

Mengubah haluan kos dan risiko jualan pengguna, BYD Co. (gambar atas) telah membina perniagaan AS yang membekal bas yang boleh dicaj kepada agensi pengangkutan mesra alam. Kilangnya di utara Los Angeles, dibuka pada 2013, dijangka menyerah 300 buah bas pada tahun ini.

Syarikat itu telah menembusi pasaran kereta AS dengan melancarkan armada teksi elektrik di Chicago dan Bandar New York. Jualan pengguna adalah memberangsangkan tetapi BYD masih belum memutuskan bila, kata Michael Austin, naib presidennya untuk Amerika Syarikat. Beliau berkata ia mungkin mulai mengembang rangkaian jualan dalam tempoh dua tahun akan datang.

BYD – nama untuk “Build Your Dreams” – adalah sebahagian daripada syarikat China yang berpeluang mengaut keuntungan daripada permintaan global untuk tenaga solar dan angin, kereta elektrik dan tenaga bersih dan boleh diperbaharui lain.

Mereka mendapat faedah daripada minat pengguna yang meningkat dari luar negara dan perbelanjaan yang banyak di tempat sendiri oleh Parti Komunis. Pemimpin China melihat apa yang mereka gelar ‘tenaga baru’ sebagai satu bidang di mana China masih boleh memenangi satu peranan menguntungkan.