Bas skuad Serbia di Albania dibaling batu

Bas skuad Serbia di Albania dibaling batu

TIRANA, Albania, 8 Okt (Reuters) – Bas yang membawa pasukan bola sepak kebangsaan Serbia dibaling batu hanya beberapa jam selepas tiba di Albania bagi mengharungi perlawanan kelayakan Euro 2016.

Insiden berlaku hampir setahun selepas perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan yang terpaksa dihentikan akibat kekacauan.

Albania meningkatkan kawalan keselamatan menjelang pertembungan itu selepas perlawanan pusingan pertama dalam Kumpulan I di Belgrade, Serbia, tahun lalu, dihentikan selepas ‘drone’ yang membawa bendera “Greater Albania’ berlegar memasuki kawasan padang.

Tindakan itu pantas mencetus kekecohan membabitkan pemain kedua-dua pasukan.

Menteri Luar Serbia berkata pihaknya bersedia untuk menulis surat protes terhadap insiden yang berlaku ketika bas yang membawa pasukan itu sedang menuju ke ibu negara Albania, Tirana.

Bas pasukan Serbia dikawal ketat oleh kereta polis Albania di Tirana menjelang pertemuan kelayakan Euro 2016 di antara Albania dan Serbia. – AFP
Bas pasukan Serbia dikawal ketat oleh kereta polis Albania di Tirana menjelang pertemuan kelayakan Euro 2016 di antara Albania dan Serbia. – AFP

Rakaman video media Serbia menunjukkan terdapat ramai orang di jalanan ketika kejadian dan sekurang-kurangnya dua batu dilemparkan sehingga menyebabkan tingkap bas terbabit hampir pecah.

“Rendahkan kepala anda, tundukkan kepala,” kedengaran suara memberi arahan di dalam bas.

Tiada yang cedera namun Serbia berkata insiden terbabit mencetuskan keraguan mengenai tahap keselamatan perlawanan yang dijadual berlangsung awal pagi ini di tengah bandar Albania, Elbasan.

Presiden Konfederasi Bola Sepak Serbia, Tomislav Karadzic begitupun memuji polis Albania kerana menyediakan laluan yang selamat bagi pasukannya dari lapangan terbang ke hotel penginapan. Albania mengarahkan 1,8000 polis bagi mengawal keselamatan pada perlawanan terbabit.

Lelaki yang terbabit dengan kes drone sebelum ini sudah ditahan, semalam di Albania kerana memiliki sepucuk pistol selain 36 tiket perlawanan sekalipun sudah dihalang daripada menyaksikan perlawanan itu.

Seperti di Belgrade, peminat Serbia dihalang daripada menyaksikan perlawanan itu kecuali 70 pelajar.

ARTIKEL YANG SAMA