Bas terbabas, 14 maut, 9 cedera

Bas terbabas, 14 maut, 9 cedera

KATHMANDU, Nepal, 27 Sept – Seorang pegawai kerajaan berkata bas yang sesak terbabas dan jatuh dari gunung di Nepal, menyebabkan sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan sembilan lagi mengalami kecederaan.

Pegawai Pentadbiran Daerah Dhading, Toran Parajuli berkata bas itu membawa penumpang di dalam dan di atas bumbung.

Ia tergelincir dari jalan gunung berhampiran kampung Lapang Phedi dan bergolek kira-kira 300 meter (980 kaki) sebelum berhenti di tebing Sungai Ankhu.

Parajuli berkata pasukan penyelamat telah tiba di lokasi kemalangan dan helikopter telah diterbangkan dari Kathmandu untuk mencuba menyelamatkan mereka yang tercedera.

Bas itu bergerak dengan menggunakan laluan tempatan dan membawa semua warga Nepal. Kemalangan jalan raya dipercayai berpunca dari jalan raya dan kenderaan yang tidak diselenggarakan dengan baik di Nepal. – AP

Pekerja membawa seorang wanita yang cedera ke hospital di Kathmandu, Nepal, kelmarin. Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Dhading, sebuah daerah yang bersempadan Kathmandu. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA