Bas terbakar ragut 8 jiwa

Bas terbakar ragut 8 jiwa

BEIJING, 29 April – Sebuah bas tiba-tiba meletup dan terbakar semasa dalam perjalanan di lebuh raya di utara China, membunuh lapan orang dan mencederakan lima dalam serangan pembakaran sengaja, kata polis hari ini.

Beberapa kebakaran serupa telah berlaku dalam masa beberapa tahun kebelakangan dan biasanya disalahkan ke atas orang yang mempunyai penyakit mental atau dendam peribadi.

Polis di bandar Xi’an mengatakan mereka menyifatkan kebakaran yang berlaku sekitar petang kelmarin sebagai tindakan jenayah.

Kenyataan dalam mikroblog rasmi mereka tidak memberi butiran mengenai bukti yang dikumpul atau mana-mana suspek.

Beberapa serangan pembakaran sengaja ke atas bas-bas beberapa tahun kebelakangan di China telah membunuh dan mencederakan puluhan orang. – AP

ARTIKEL YANG SAMA