Bas terjunam ke gaung, 19 maut

Bas terjunam ke gaung, 19 maut

TEHRAN, Iran, 22 Jun (AP) – Satu kemalangan jalan raya di selatan Iran telah membunuh 19 orang apabila bas yang mereka naiki jatuh ke gaung.

Agensi berita rasmi IRNA mengatakan bahawa sekitar 30 penumpang lain cedera dalam kemalangan awal hari ini, yang berlaku di sebatang jalan raya besar yang menghubungkan bandar-bandar selatan Shiraz dan Kerman. Ia berlaku sekitar 1:30 pagi.

Laporan itu mengatakan mangsa cedera telah dibawa ke hospital tempatan.

IRNA mengatakan sejam kemudian, sebuah bas terbalik ke sebatang jalan, juga berhampiran Shiraz, mencederakan 47 orang.

Iran mempunyai rekod keselamatan lalu lintas paling terburuk di dunia, dengan lebih 400,000 kemalangan dan hampir 18,000 kematian di jalan raya setiap tahun.

Jumlah kematian tinggi telah disalahkan ke atas kenderaan tidak selamat, tidak mempedulikan undang-undang lalu lintas dan perkhidmatan kecemasan yang tidak mencukupi.

ARTIKEL YANG SAMA