Bas terjunam ke gaung di Brazil, 15 maut 66 cedera

Bas terjunam ke gaung di Brazil, 15 maut 66 cedera

RIO DE JANEIRO, 7 Sept (dpa) – Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan 66 yang lain cedera dalam kemalangan bas semalam di negeri selatan Rio de Janeiro, lapor laman sesawang berita G1, dengan memetik jurucakap polis.

Bas tersebut dalam perjalanan dari bandar Paraty menuju ke destinasi pantai popular Trindade, kira-kira 250 kilometer di selatan bandar Rio, apabila ia terjunam ke dalam gaung sedalam 50 meter.

Kemalangan itu berlaku di jalan yang bengkang bengkok di atas jalan yang curam di kawasan dikenali sebagai Morro do Deus me Livre.

Punca kemalangan masih belum jelas, tetapi siasatan awal mendapati ia mungkin kerana kerosakan brek, polis dipetik sebagai berkata dalam laporan G1.

ARTIKEL YANG SAMA