Bas, trak bertembung ragut 12 nyawa

Bas, trak bertembung ragut 12 nyawa

HOHHOT, 25 Sept – Jumlah kematian dalam perlanggaran bas-trak di Rantau Autonomi Mongolia di utara China telah meningkat kepada 12 selepas empat orang dengan kecederaan serius meninggal dunia di hospital, menurut pihak berkuasa tempatan.

Lapan orang mati di tempat kejadian dan 32 yang lain cedera selepas sebuah bas dan sebuah trak berlanggar pada petang semalam di Bandar Yakeshi, ditadbir oleh Bandar Hulunbuir, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kerajaan Hulunbuir.

Empat orang yang cedera parah menjalani pembedahan dan dijangka pulih, dan mangsa cedera yang lain berada dalam keadaan stabil.

Trak berusaha untuk mengelak seekor kuda yang meluru ke jalan apabila perlanggaran berlaku, kata satu kenyataan awal daripada kerajaan.

Siasatan lanjut dalam kemalangan sedang dilancarkan. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA