Basel bakal dibanjiri peminat The Reds – Klopp

Basel bakal dibanjiri peminat The Reds – Klopp

LIVERPOOL, 6 Mei (Agensi) – Jurgen Klopp akan membawa gerombolan penyokong Liverpool ke Switzerland bagi menghadapi aksi final Liga Europa selepas aksi luar biasa dipamerkan The Reds di Anfield, awal pagi tadi.

Pengendali Liverpool itu menyaksikan anak buahnya menyingkirkan Villarreal sekali gus memadam kejayaan awal kelab Sepanyol itu yang memenangi aksi pertama untuk mara ke final di Basel, 18 Mei ini.

Klopp menegaskan biarpun kelab itu hanya diberikan 10,000 tiket, tetapi dia akan membawa 100,000 penyokong setia The Reds untuk membanjiri bandar Basel.

Aksi Klopp meraikan kejayaan pasukannya menentang Villareal di Anfield. Klopp akan membawa gerombolan penyokong Liverpool ke Switzerland bagi menghadapi aksi final Liga Europa pada 18 Mei ini. – AFP
Aksi Klopp meraikan kejayaan pasukannya menentang Villareal di Anfield. Klopp akan membawa gerombolan penyokong Liverpool ke Switzerland bagi menghadapi aksi final Liga Europa pada 18 Mei ini. – AFP

“Kami akan beraksi di final, apa lagi yang saya perlu katakan…ia sesuatu yang menakjubkan. Kami akan ke Basel, kami akan membawa 50, 60, 70 ribu penyokong setia bersama kami, bukan sekadar dalam stadium tetapi membanjiri bandar Basel. Mungkin ia akan mencecah 100,000,” kata Klopp sambil tersenyum.

“Ia bandar yang cantik dan dekat dengan rumah saya. Kita perlu mencipta suasana di sana…pergi ke sana dan menikmatinya. Kami akan memberikan yang terbaik untuk kelab dan penyokong”.

ARTIKEL YANG SAMA